TEMBIKAI sangat enak jika dimakan begitu sahaja ataupun dibuat jus. Tapi sebelum itu, tahukah anda bagaimana cara yang betul untuk memastikan tembikai yang dibeli itu baik isinya.

Rasanya tidak semua tahu bagaimana untuk memilih buah tembikai yang betul, bukan? Bila dilihat dari luar elok tapi potong agak dukacita, tak seperti yang anda disangkakan.

Tips 1: Jantina

Bagaimana nak mengenal tembikai jantan atau tembikai betina? Senang sahaja. Tembikai betina akan kelihatan lebih besar daripada tembikai jantan. Lihat jalur yang terdapat pada buah tembikai terebut. Jika jalurnya kecil, maka itulah tembikai jantan. Tembikai betina akan mempunyai jalur yang lebar. Pilihlah tembikai yang betina. Ini kerana tembikai betina lebih manis dan kurang biji benih berbanding tembikai jantan.

Tips 2: Perhatikan bentuk

Rasa manis isi buah tembikai bergantung kepada bentuknya. Contohnya, tembikai ‘jantan’ yang mempunyai bentuk lonjong mempunyai isi yang berair manakala tembikai ‘betina’ yang berbentuk bulat mempunyai isi yang manis.

Tips 3: Perhatikan warna kulit

Pastikan buah tembikai mempunyai tompokan kuning krim atau oren pada titik bawahnya. Ini bermakna buah tembikai anda sudah matang dengan sempurna. Jika tompokan tersebut berwarna putih di bawah itu bermaksud tembikai itu tidak cukup matang.

Tips 4: Timbangan berat

Pilih tembikai yang mempunyai timbangan berat berbanding saiznya. Walaupun kecil saiznya tetapi berat apabila ditimbang bermaksud tembikai itu mempuyai air yang segar.

Tips 5: Tompokan ‘jaringan lebah’

Iklan

Jika sebelum ini kita pilih tembikai yang ‘bersih’ tanpa cacat cela tetapi selepas ini kalau anda beli tembikai pilihlah yang mempunyai tompok-tompok gelap seperti jaringan labah-labah. Sebenarnya lagi banyak tompok-tompok gelap ni lagi bagus buahnya.

Tips 6: Perhatikan tangkai buah

Tangkai buah tembikai yang kering dan kecut bermakna tembikai sudah masak ranum manakala tangkai hijau bermakna tembikai masih muda.

Tips 7: Periksa Bunyi

Iklan

Untuk memastikan tembikai memang sudah dimasak ranum, tepuk buah tembikai beberapa kali. Jika bunyi seakan-akan kosong, maknanya tembikai sudah cukup matang.

Walaupun mungkin anda merasakan perkara ini agak remeh tetapi sebenarnya dengan mengetahui cara pemilihan buah yang betu dapat menjimatkan wang anda daripada membeli buah yang busuk atau tidak matang. Gunakan 7 tips ini dalam memilih tembikai yang segar dan manis.

Foto: unsplash
Penulis: Fatin Syazwani Mohd Hanif
Sumber: hellodokter, abangbrian.com