SATU kajian Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) menunjukkan Malaysia mencatat sebanyak 15.6 peratus paling tinggi yang mengalami trend berat badan obes berbanding Brunei dan Thailand di Asia Tenggara.

Barangkali disebabkan faktor pemakanan, genetik, aktiviti fizikal, persekitaran, penyakit, tekanan dan perubatan mendorong ke arah trend berat badan meningkat di negara ini.

Bahkan menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada Februari lalu menunjukkan masalah obesiti telah mencapai peringkat epidemik secara global.

obes

Dengan sekurang-kurangnya seramai 2.8 juta meninggal dunia setiap tahun disebabkan masalah sama.

Dalam kajian sama, hasil tinjauan NHMS 2019 mendapati 50.1 peratus orang dewasa mengalami masalah berat badan sebanyak 30.4 peratus manakala 19.7 peratus dilaporkan berdepan isu obesiti.

Tidak mengejutkan apabila golongan wanita paling ramai mengalami masalah obesiti dengan sebanyak 54.7 peratus diikuti 60.9 peratus golongan warga emas berumur 55 tahun sehingga 59 tahun.

Tinjauan NHMS 2019 juga mendapati 29.8 peratus kanak-kanak dan remaja berusia 5 tahun sehingga 17 tahun berisiko mempunyai berat badan berlebihan termasuk obes.

Cukup mengejutkan laporan tinjauan NHMS itu, bukan? Jadi, ayuh amalkan pemakanan sihat dan gaya hidup lebih baik untuk kesan berpanjangan.

obes

Iklan

Ada banyak tip kesihatan dan amalan gaya hidup sihat yang boleh dibuat di rumah tanpa perlu bersesak di gim awam mahupun taman rekreasi.

Amalkan juga pemakanan yang sihat dan banyak juga perkongsian dalam media sosial bahkan ada grup yang aktif berkongsi resipi sihat.

makanan sihat

Iklan

Lebih-lebih lagi masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), jangan lupa jarak sosial antara satu sama lain dan amalkan kebersihan diri.

Badan berpeluh dek senaman memang bagus tetapi jangan lupa putuskan rantaian wabak covid-19 tau!