TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapalah yang tahu.

Siapa pun tidak menyangka, hadiah utama berupa kondominium mewah, SkyMeridien Residences di tengah kota Kuala Lumpur menjadi milik Hafizah Abidin, 23.

Bagaikan mimpi menjadi kenyataan, graduan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) itu diumumkan sebagai pemenang peraduan Tekan & Menang Kondo yang disertai sempena Shopee 11.11 Jualan Hebat baru-baru ini.

Kondo mewah SkyMeridien

Hafizah berkata, mempunyai rumah sendiri antara impian yang cuba dicapai selepas mendapat pekerjaan nanti memandangkan dirinya baru sahaja menamatkan pengajian.

“Tidak sangka, percubaan kumpul sebanyak mungkin tiket emas ketika peraduan berlangsung membuahkan hasil sedangkan pada awalnya tidak meletakkan harapan tinggi.

Baca juga Jualan ekstravaganza 11.11 Shopee Big Sale, jangan lepaskan tawaran RM1, ganjaran kondominium dan kereta mewah

“Sebab saya tahu, bukan saya seorang sahaja tetapi berjuta-juta pengguna Shopee lain yang menyertai peraduan tersebut. Namun, apabila nama saya disebut, memang tak percaya,” katanya yang menetap di Kampung Longboh, Perlis dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Lebih melucukan, ibu bapanya juga pada mulanya tidak mempercayai berita tersebut dan menganggapnya mungkin satu penipuan.

OKondo mewah SkyMeridien

“Siap beri amaran mungkin ia sindiket penipuan. Namun begitu, selepas mendapat pengesahan melalui pengumuman Shopee Live, akhirnya mereka percaya dan tumpang gembira.

“Berita baik itu juga tersebar dengan cepat dalam kalangan ahli keluarga lain dalam grup WhatsApp, jadi semua adik beradik pulang ke kampung untuk mengadakan sambutan kecil-kecilan,” katanya lagi.

Baca juga ShopeePay Day luar biasa, telefon pintar ditawarkan hanya RM1, rebut baucar pulangan tunai 100 peratus

Pastinya, rezeki terpijak bernilai lebih RM500,000 membuatkan ramai cemburu. Mana tidaknya, pada usia masih muda, gadis itu sudah memiliki rumah sendiri.

Iklan

Anak ketiga daripada empat beradik itu turut menerima kunci rumah sempena majlis penyerahan di SkyWorld Gallery di Sentul, baru-baru ini.

Sementara itu, Pengurus Kanan (Pemasaran) di Shopee Malaysia, Kenneth Soh berkata, pihaknya teruja penganjuran peraduan tersebut membawa perubahan positif kepada pengguna Shopee.

“Kami mengucapkan tahniah kepada Hafizah sebagai pemenang Hadiah Utama Shopee 11.11 Jualan Hebat sekali gus memenuhi impiannya untuk memiliki sebuah rumah.

“Kami juga mengucapkan selamat maju jaya kepada Hafizah yang akan membuka lembaran hidup baharu selepas berpindah rumah nanti,” katanya.

Iklan

Kondo mewah SkyMeridien

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Pada masa sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif di SkyWorld Development Group, Lee Chee Seng turut merakamkan ucapan tahniah kepada Hafizah yang memenangi hadiah utama.

“Kami percaya bahawa memenangi sebuah unit SkyMeridien Residences adalah hadiah terbaik bagi Hafizah dan beliau akan menjadi sebahagian Komuniti SkyWorld.

“SkyMeridien Residences yang dijangka akan siap pada awal tahun depan itu bakal memberikan pengalaman terbaik buat Hafizah,” katanya.