DEMAM Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang masih berlangsung hingga 8 Ogos ini menyaksikan prestasi cemerlang atlet negara dalam acara masing-masing.

Masih berbaki enam hari lagi buat atlet harapan merebut pingat dan cukup membanggakan, sudah ada satu pingat yang disumbangkan pasukan badminton negara.

Pingat gangsa yang disumbangkan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik mengubat kesedihan rakyat Malaysia!

margasatwa yang asli olimpik

Walaupun hero badminton Malaysia, Lee Zii Jia tidak dapat pulang pingat seperti diharapkan, namun tidak mengapa kerana prestasinya cukup hebat di sana.

Cayalah gaya permainan Zii Jia yang memukau ramai termasuk pesaingnya.

Jangan putus asa ya kerana ada beberapa lagi atlet harapan yang diyakini mampu membawa pulang pingat kebanggaan sebelum temasya berakhir.

margasatwa yang asli olimpik

Semangat juang atlet negara juga nampaknya semakin disemarakkan lagi dengan lagu khas yang diciptakan sendiri rakyat Malaysia sebagai satu penghormatan tinggi.

Ya! Bukan calang-calang ya lagu Yang Asli yang dirakam semula dalam versi Bahasa Jepun, dendangan kumpulan rock indie, Margasatwa itu.

Mana tidaknya, lagu dan lirik yang dicipta vokalis utama, Akmal Hakim Mokhtar atau nama komersialnya, Kimal bertepatan dengan tema semangat Olimpik.

Kolaboratif Margasatwa bersama pusat pembelajaran Bahasa Jepun, cakapjepun.com itu ditubuhkan anak tempatan yang juga graduan universiti di negara Matahari Terbit tersebut.

Menurut vokalis yang juga graduan Tokai University of Jepun, lagu khas itu ditujukan bukan sahaja kepada atlet negara, bahkan kepada semua rakyat yang kini sedang berdepan pelbagai cabaran.

“Saya telah mengolah lirik asal Yang Asli dan diterjemahkan kepada Bahasa Jepun oleh Izzat Sensei dari cakapjepun.com sekali gus membawa makna lebih mendalam.

margasatwa yang asli olimpik

Jangan lupa follow kami di Instagram!

“Apapun pencapaian oleh atlet negara pada Temasya Sukan Olimpik, kita seharusnya bangga dan memberi sokongan penuh sewaktu menang ataupun kalah. Ini kerana mereka telah berjuang dan melakukan yang terbaik demi Malaysia,” katanya.

Hebat bukan? Lagu yang tular dalam media sosial itu turut menerima respons positif semua pihak yang cukup bangga dengan kolaboratif julung-julung kali itu.

Antara komen membina dikongsikan:

Iklan

” Seminit pertama anda akan dihidangkan dengan intro bunyi muzik melayu dan anime, mengimbau zaman zaman Gaban dan Kesatria Baja Hitam. Kreatif dan klinikal.” – Pensyarah dan Alumni University Jepun, Dr Abdul Nasir.

“Ini juga sebuah hiburan berbentuk pelajaran Bahasa Jepun. Para pendengar boleh merujuk kepada sari kata pada video di Youtube untuk belajar sedikit sebanyak Bahasa Jepun dan terjemahan dalam Bahasa Melayu.” – Penyusun lagu dan gitaris utama, Fadhil Imran James.

margasatwa yang asli olimpik

Untuk mengenali lebih mendalam mengenai Margasatwa, SinarPlus kongsikan trivia menarik:

1. Kumpulan rock fusion yang menampilkan elemen Nusantara dan unsur kemelayuan dalam lagunya secara unik dan mengetengahkan sentuhan muzik rock era 1970-an hingga 1990-an.

2. Dianggotai Kimal (vokalis), Fadhil Imran James (gitaris utama), Shahir Samsi (gitaris kedua), Shadiq Sapian (pemain bes) dan Syahir Majid (pemain dram).

3. Kumpulan itu diwujudkan pada tahun 2016 dan album sulung, Margasatwa (2019) memuatkan 11 lagu termasuk single pertama, Ego dan Asmara Botol Kaca (single kedua).

margasatwa yang asli olimpik

Iklan

4. Berjaya memenangi wang tunai RM20,000 selepas muncul sebagai juara Levi’s® Music Project dengan lagu Yang Asli pada Disember 2020.

5. Vokalis utama kumpulan itu merupakan graduan Tokai University di Tokyo, Jepun.

Padanlah lagu dinyanyikan dengan penuh jiwa. Bagi mereka yang ingin menonton video penuh, klik di sini ya!

Yang Asli versi Olimpik (Bahasa Jepun): https://youtu.be/OiNioYK-KZY

Lagu asal Yang Asli: https://youtu.be/0M5DSj20xM8

Yang Asli versi LIVE: https://youtu.be/GKmuaqzqS3w