WAJAH suami isteri yang seiras! Sudah tentu kita kerap kali terjumpa pasangan yang sudah berkahwin kelihatan seiras dan hampir serupa wajahnya.

Perasan tak, bila dah jadi suami isteri, hari-hari duduk bersama, lama-lama wajah kita pun akan seiras dengan pasangan.

Nampak macam adik-beradik, sedangkan suami isteri. Kata orang juga, pasangan yang mempunyai wajah seakan sama itu lebih serasi dan rumah tangganya bahagia.

Kalau wajah pasangan nampak lebih kurang sama, rasa macam ‘sweet’ kan. Nampak sepadan dan elok bila bersama.

Sebenarnya ada beberapa sebab mengapa wajah seseorang itu boleh menjadi mirip pasangan.

Baca juga Wanita Malaysia berisiko alami mati putik, kenali punca, cara rawatan

Sains ada jawapannya. Ini penerangan Doktor Pakar Psikiatri, Dr Ahmad Rostam Md Zin;

1. Kajian yg dikeluarkan pada 2011 mendapati bahawa kita cenderung untuk memilih pasangan yang ada iras muka kita atu iras dengan ibu ayah kita sendiri.

2. Teori ‘assortative mating’ pula menyimpulkan kita cenderung memilih orang yang mempunyai ciri fizikal dan strata sosial yg setara.

3. Pasangan juga cenderung untuk mempunyai tabiat, bahasa badan dan gayasama yang menunjukkan ikatan emosi yang selesa serta saling percaya.

4. Sistem imun badan juga akan mula menjadi hampir sama setelah lama bersama, maka tak hairanlah jika seorang sakit, yang seorang lagi juga bakal tak sihat.

Iklan

Baca juga Bau busuk bongkar kes wanita tikam, kerat dan rebus mayat suami di dalam periuk

5. Pengalaman hidup menyebabkan mereka melalui turun naik emosi dan cabaran yang sama. Kedutan di muka juga boleh berlaku di tempat yang sama.

6. Kajian Robert Zanjonc menunjukkan, lebih tinggi tahap kegembiraan dan kebahagian yang dialami oleh satu-satu pasangan, lebih iras mereka akan kelihatan.

Iklan

Sweet, kan? Sungguh, bahagia boleh dilihat, dirasa dan dikongsi. Jadi pilihlah untuk bahagia.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.