Watak Fizi dari Upin Ipin trending selepas Jarjit

May 29, 2020
Arziana Mohmad Azaman

WATAK kartun je pun tapi jadi perbahasan warganet dalam media sosial.

Lucu pun ada apabila watak Fizi dalam rancangan kanak-kanak, Upin Ipin menjadi trending dalam twitter selepas Jarjit.

Masakan tidak, tweet mengenai perbualan Fizi bersama Upin dan Ipin sempena rancangan Ramadan baru-baru menerima 4.3 juta tontonan sehingga ramai yang sentap dengan jawapan Fizi.

Perbualan yang dimulakan dengan Mail yang rajin menolong ibunya membakar lemang, anyam ketupat dan banyak lagi mengagumkan Upin dan Ipin.

Tanggungjawab menolong ibu kerana syurga di bawah telapak kaki ibu membuatkan Mail bangga kerana dapat membantu sepanjang Ramadan.

fizi upin ipin

Selain memuji sikap Mail sebagai anak mithali, Upin dan Ipin bagaimanapun bersedih dengan kata-kata bersahaja Fizi tanpa memikirkan perasaan kedua anak yatim piatu tersebut.

“Kalau tidak ada ibu……,” kata Upin sebelum dipintas Fizi yang mengatakan tiadalah syurga, kan? Itu pun tak tahu membuat ramai sentap.

Lebih-lebih lagi video pendek berdurasi 48 saat itu diedit dengan muzik sedih dan memaparkan watak Opah dengan penuh syahdu.

Artikel berkaitan: Tak masuk syurga putuskan silaturahim, peliharalah ia walau tidak ziarah dan tiada rumah terbuka

Video sebak itu diakhiri dengan kata-kata Upin Ipin: “ Ayah Mak Selamat Hari Raya. Tunggu kita orang di syurga ya.”

Ramai yang membayangkan Fizi bakal menjadi watak next top Malaysian villain dan tak kurang juga tidak berkenan dengan sikap sedemikian yang boleh memberi kesan buruk kepada penonton cilik.

Bimbang si mulut laser Fizi mengundang kesan buruk kepada adab seorang kanak-kanak, ramai yang menyarankan supaya watak itu ‘diperbaiki’.

fizi upin ipin

Bagaimanapun baru-baru ini produksi rancangan kanak-kanak popular itu membuat kenyataan permohonan maaf atas kontroversi dialog tiada syurga untuk anak yatim.

Namun ada juga yang menyebelahi watak Fizi yang beranggapan ia sekadar watak. Biasalah budak-budak main lepas je dan Mail pun dah tegur.

So penonton (terutamanya penonton kanak-kanak) tahu apa yang Fizi cakap tidak sopan dan kenapalah masih menjadi isu? Soal @smolsushii.

Tidak kurang juga komen @randirahman apabila tak sangka ada yang sampai harass pelakon suara Fizi guys. It’s a cartoon character whose dialogue was written to move the story.

“Ada juga Upin Ipin extremis rupanya ya,” tulisnya.

Bagaimana ada juga komen warganet yang melucukan apabila mahu meminta kementerian pendidikan untuk menyiasat Upin Ipin dan rakan-rakannya masih di pra sekolah walaupun sudah lebih 6 tahun di situ.

Kelakar!

Sumber: Facebook Upin Ipin

About Arziana Mohmad Azaman

Biodata Penulis