AJINOMOTO, satu jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi.

Penambah perasa MSG (Monosodium glutamat) yang cukup popular dalam kalangan rakyat Malaysia itu sudah menjadi rencah wajib dalam setiap hidangan.

Kepakaran Ajinomoto menggunakan teknologi AminoScience yang dapat membantu menurunkan kandungan sodium seterusnya menyumbang kepada kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.

Ini sekali gus menyuntik lagi keyakinan pengguna dengan jenama dari Jepun tersebut.

ajinomoto bulan nutrisi malaysia

Sejajar dengan usaha berterusan dalam mempromosikan makanan sihat dan rendah sodium melalui perencah Umami, Ajinomoto (M) Berhad sekali lagi menjadi penaja utama Bulan Nutrisi Malaysia 2021 dan kali ini tampil dengan tema ‘Kunci Memerangi Ancaman Kesihatan’.

“Pihak kami sangat berharap dapat mendukung masyarakat untuk menyesuaikan diri dengan gaya hidup ‘Pemakanan Sihat, Kehidupan Aktif’ sepanjang pertempuran kita melawan Covid-19.

“Sambil kekal sihat dan selamat dalam tempoh ini, kami juga mahu mencabar anda untuk memerangi ancaman kesihatan sekali gus mengamalkan ‘Eat Well, Live Well’,” katanya dalam satu kenyataan media.

Serentak dengan itu, Ajinomoto turut mempromosikan minuman berperisa jeli epal aminoVITAL, jenama nombor satu di Jepun yang dikatakan dapat membantu mencergaskan tubuh lebih baik untuk aktiviti sukan atau rutin harian.

ajinomoto bulan nutrisi malaysia

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Mengenai Bulan Nutrisi Malaysia 2021 yang diadakan secara maya bermula pada 5 Ogos hingga 5 September depan, pelbagai aktiviti yang menawarkan ganjaran wang tunai telah disusun.

Bagaimana untuk anda menyertai empat mini games yang dianjurkan?

Para peserta hanya perlu melayari virtualfair.nutritionmonthmalaysia.org untuk menyertai siri permainan menyeronokkan.

Iklan

Semakin banyak permainan yang disertai, semakin tinggi peluang anda untuk memenangi Hadiah Utama Cabutan Bertuah Ajinomoto!

Tiga pemenang bertuah akan dipilih untuk menerima hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 seorang.

Jadi, jom cuba nasib anda hari ini dengan mengunjungi gerai maya Ajinomoto.

Jangan lupa untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai keajaiban AJI-NO-MOTO® dan aminoVITAL®.

Iklan

ajinomoto bulan nutrisi malaysia

Lengkapkan borang maklum balas untuk anda membawa pulang lebih banyak hadiah cabutan bertuah seperti Tupperware Umami Collection.

Selain itu, jangan lepaskan juga peluang untuk memenangi hadiah menarik dalam Move with aminoVITAL® Challenge dengan berkongsikan gambar rutin senaman anda ke halaman Facebook amino VITAL Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, layari Facebook rasmi Ajinomoto atau layari virtualfair.nutritionmonthmalaysia.org.my/ajinomoto.