MUNGKIN satu berita baik buat orang Perak apabila Shopee menganjurkan kempen jualan Perak Goes Digital yang mana mempromosikan produk istimewa negeri tersebut.

Kempen dengan kerjasama kerajaan negeri dan Sekretariat Usahawan Negeri Perak itu menawarkan baucar menarik, produk terbaik, kedai lokal pilihan untuk dikunjungi secara maya.

Apa lagi? Inilah peluang untuk penggemar kopi dan kuih tempatan popular keluaran negeri yang cukup sinonim dengan gelaran Seladang tersebut.

shopee saleAntara produk yang ditonjolkan seperti The Yangtze River White Coffee yang sudah dikenali sejak tahun 1970-an lagi, selain biskut Heong Peah.

Selain itu, baucar potongan harga bernilai RM4 hingga RM8 ditawarkan kepada pengunjung termasuk cash back sebanyak 8 peratus untuk kedai digital terpilih.

Sebenarnya, banyak lagi kedai online orang Perak yang dipromosikan sepanjang kempen Perak Goes Digital.

shopee sale

Antaranya jualan barangan perkakas rumah, hardware, perabot, aksesori dan kraftangan.

Khusus untuk pencinta haiwan, pelbagai jenis kelengkapan makanan, aksesori, set mandian dan alat permainan boleh didapati pada harga yang cukup murah.

Wah! Bagus sekali usaha kerajaan negeri membantu kelangsungan hidup peniaga dan usahawan di Perak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

shopee sale

Selain itu, Shopee turut mengadakan Super Saver Fashion Sale bermula 10 hingga 12 Jun ini.

Iklan

Jangan lepaskan peluang kerana tinggal esok saja kempen jualan gila-gila itu akan berakhir.

Untuk hari ini, promosi tertumpu kepada aksesori perhiasan wanita keluaran GJ Jewellary dan jam jenama Sanda dengan potongan harga hingga 70 peratus.

shopee sale

Bagi mereka yang tercari-cari produk penjagaan wajah, bolehlah cuci mata sempena Super Brand Day Olay yang menjanjikan sesuatu istimewa buat peminat jenama popular tersebut bermula esok.

Iklan

Bukan saja disediakan diskaun hingga 40 peratus, baucar tunai berjumlah RM40 dan hadiah misteri juga. Khas untuk produk terpilih saja tau!

shopee sale

Eh! Ada lagi yang menarik. Cabutan bertuah dengan ganjaran beg berjenama LV bernilai RM6,650 perlu direbut. Hanya membeli-belah dengan nilai RM120, anda sudah layak untuk menyertainya.

Apa tunggu lagi? Cepat-cepat isi troli online anda sementara stok masih ada.