Elak melayan & mudah simpati suami orang! Ini pesanan padu wanita buat wanita

Elak melayan & mudah simpati suami orang! Ini pesanan padu wanita buat wanita

AKHIR-AKHIR ini terlalu banyak kes yang membabitkan orang ketiga yang merebut pasangan suami atau isteri orang lain.

Sedangkan hukum merosakkan rumah tangga orang adalah berdosa. Ya, menggugat keharmonian dan kebahagian orang lain semata -mata untuk memenuhi kepuasan diri sendiri.

Yang paling menyakitkan hati lagi apabila ia dilakukan oleh kenalan terdekat atau mereka yang sudah kenal latar belakang keluarga. Sedih kan?

Dalam perkongsian seorang pengguna Facebook Marlia Ramli, dia menasihati wanita single agar tidak mengacau pasangan orang.

Wanita itu berpesan, jadilah orang yang sombong terutamanya apabila ada lelaki ‘gatal’ dan tak perlulah melayan semua itu.

“JANGAN KACAU. Akak ada ramai kawan lelaki. Wanita bekerjaya bila jawatan tinggi dalam MNC, lingkungan kawan mostly lelaki. Malah bila leader dalam bisnes memang kebanyakan kawan adalah lelaki. Ini tak dapat lari.

Iklan
Iklan

“Pernah ada kawan lelaki gurau ‘ku tunggu jandamu’. Akak direct sound “Kau kalau nak berkawan dengan aku elak miang keladi. Aku sesah dengan penumbuk, seminggu makan nasi bubur”. Terus senyap member tu!

“Lepas tu mudah. Nak berurusan kerja senang. Mereka tak berani melebih lagi.

“Jadi wanita bila jantan mula miang hang jangan gelak mengekek sama. Itu mengundang namanya, pesannya.

Lelaki kaya? Modalnya duit. Sebab itu wanita kena kaya. Supaya kita tak laparkan duit jantan keladi.

Lelaki miskin? Modalnya mulut manis. Cerita bab burukkan isteri dia nombor wahid. Seolah-olah dialah suami terpaling malang di dunia.

Lelaki berwajah suci? Modalnya hadis dan ayat al-Quran. Dialah terpaling ikut sunnah. Dialah terpaling beragama.

Baca juga Isteri berdepan suami curang, jangan semberono! Ini langkah sepatutnya dilakukan

Kredit foto: Keira Burton

Persamaan semua mereka ini?

Depan bini pijak semut serupa pondan. Cakap dengan kita tak berani pandang mata. Belakang bini miang kemain lagi.

Ujarnya, kalau keduanya terjerumus cinta terlarang, buruk padahnya. Elak melayan dan bersimpati kepada golongan lelaki.

“Kalau suami orang cerita masalah, muka kita mesti serius dan ketat. Jangan mudah kesian. Bila suami ni buat kelakar miang? Jangan berbalas miang mengekek gelak. Dengar gitu-gitu ja.

“Kalau dia selalu WhatApps perkara tak de kaitan kerja? Buat WhatApps grup add dia dan bini dia sekali. Apa-apa hal communicate dalam tu.

“Elak melayan. Tak payah simpati bagai. Elak mudah terpesona dengan ayat Quran dan muka suci. Penunggang agama bersepah wei!

Baca juga ‘Curang ni bukan paksaan, tetapi pilihan’, pesanan Dr Fadzilah Kamsah buat suami isteri

Kredit foto: Liza Summer

“Bila berbual elak panggil suami orang abang, awak atau panggilan manja bagai. Panggil Tuan, Encik atau panggilan formal lain. Aishh! Tak kan benda simple gini nak kena ajar juga?

“Jadi wanita, jangan lembut sangat. Jangan mengada sangat. Be yourself yang tegas. Firm dengan prinsip hidup. Cakap straight to the point. Tak payah meleret menceceh-ceceh.
Mengeluh, mengadu seolah kau lemah sangat!

Baca juga Pernah curang dengan suami, tapi tetap tuntut mutaah selepas cerai

“Kalau dengan kita jantan tu menggatal, apa kau ingat dengan perempuan lain dia akan menundukkan pandangan? Biar janda. Biar orang panggil anak dara tua. Biar single. Biar orang cakap kerek dan sombong.

“JANGAN KACAU masjid, tokong dan kuil sesiapa. Wanita mahal bukan sebab dia cantik. Tapi sebab dia bijak dan berprinsip!” tegasnya.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Marlia Ramli

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

Ubai sebak, Shila Amzah selamat bersalin anak kedua. ‘Assalamualaikum puteriku, Rhea Akira’

TAHNIAH diucapkan buat penyanyi Shila Amzah dan suami, Ubai Zulkefli selamat menimang cahaya mata bersama…

8 hours ago

Parah muka & mata angkara asid yang dibawa pulang bapa, gadis pasrah. ‘Saya tidak pernah berdendam’

14 tahun telah berlalu, insiden terpercik asid yang tidak disengajakan oleh bapa masih segar dalam…

10 hours ago

Air mata iringi pengebumian mangsa pokok tumbang, anak-anak & keluarga hiba dan sayu

MAJLIS pengebumian mangsa pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur Allahyarham Md Rizal Atan,…

14 hours ago

Minat bola sepak kerana bapa, Faisal Halim pernah lalui kepayahan peringkat awal. ‘Ayah tidak cukup duit beli kasut bola….’

INSIDEN jenayah yang menimpa tonggak pasukan Selangor FC, Faisal Halim terus meruntun hati. Masakan tidak,…

16 hours ago

#standwithfaisalhalim, Sultan Selangor titah perkenan tidak hadir Piala Sumbangsih, kecewa permohonan tangguh ditolak

SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah memberi perkenan dan menyokong sepenuhnya keputusan pasukan…

20 hours ago

Grab promosi kaw kaw Shopee Mall Super Brand Day, ini pilihan hadiah buat insan tersayang sempena Hari Ibu

SEMPENA minggu sambutan Hari Ibu, mesti ramai yang plan untuk memberikan hadiah kejutan buat insan…

21 hours ago