PENGUMUMAN panggung wayang yang dibenarkan beroperasi bermula bermula 1 Julai ini jelas menggembirakan bukan saja pihak panggung wayang tetapi juga kaki wayang.

Tapi sebelum itu, ada perkara yang korang perlu tahu bahawa waktu operasi pawagam kini tidak lagi sama seperti sebelum ini.

Kebanyakan daripada pihak pengurusan pawagam di Malaysia telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi tentang waktu operasi perniagaan ketika PKPP sedang berlangsung.

Sebelum serbu pawagam esok, apa kata korang lihat informasi ini terlebih dahulu.

Waktu operasi

  1. Golden Screen Cinemas
  • Isnin – Khamis (1PM-10PM)
  • Jumaat – Sabtu (12PM-12AM)
  • Ahad (11AM-10PM)

*Dapatkan parking percuma di GSC IOI City Mall dan IOI Mall Puchong dengan menunjukkan tiket pebelian di kaunter khidmat pelanggan mall tersebut

  1. TGV Cinemas
  • Isnin – Khamis (12PM-9PM)
  • Jumaat, Sabtu & Cuti Umum Perayaan (12PM-12AM)
  • Ahad & Cuti Umum (11AM-9PM)
  1. MBO Cinemas
  • Isnin – Rabu (6PM ke atas)
  • Khamis & Jumaat (3PM ke atas)
  • Sabtu, Ahad & Cuti Umum (12PM ke atas)

Namun begitu, terdapat beberapa cawangan pawagam MBO yang masih tutup sehingga diberi notis pemberitahuan kelak. Antaranya adalah Harbour Place Klang, Space U8, Melaka Mall, U Mall Skudai dan The Spring Kuching.

Iklan

Diingatkan bahawa hanya individu berusia 12 tahun ke bawah dan warga emas berusia 60 tahun ke atas tidak dibenarkan untuk memasuki pawagam.

Iklan

Korang juga perlu memeriksa suhu terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam premis. Pihak pawagam juga perlu memastikan kerja pembersihan dan setiap hall perlu disinfeksi selepas tayangan berakhir.

Tapi apa yang paling penting, jangan lupa pakai face mask ya. Stay safe korang!