GAMBAR tular dalam media sosial yang kononnya mendakwa Zoo Melaka tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dan mempunyai kes jangkitan Covid-19 adalah tidak berasas.

Pihak Zoo Melaka juga akan sentiasa memastikan hanya pengunjung memakai pelitup separuh muka dibenarkan masuk dan jarak fizikal antara mereka juga sentiasa dipantau.

Ketegasan itu juga menyebabkan ada pengunjung merungut kerana mendakwa SOP amat ketat hingga menyukarkan pergerakan mereka dari satu tempat kurungan haiwan ke kurungan lain.

Tiada sebarang kes jangkitan Covid-19 direkod berkaitan Zoo Melaka seperti yang tular di laman sosial Facebook baru-baru ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri Datuk Rahmad Mariman.

Gambar tular kes Covid-19 di Zoo Melaka palsu! Sengaja menakut-nakutkan orang ramaiMemetik laporan portal media tempatan, setakat ini juga tiada arahan dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka kepada pengunjung-pengunjung ke lokasi pelancongan terkenal di Ayer Keroh itu supaya membuat ujian saringan.

“Ingin saya tegaskan apa yang tular itu adalah berita palsu yang direka oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk menakut-nakutkan orang ramai.

“Kebanyakan peningkatan kes di negeri ini tidak disebabkan penularan tempatan tetapi dikesan membabitkan mereka yang datang atau pulang dari zon merah, segelintirnya tidak menitikberatkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan menyebabkan ia berjangkit kepada orang lain,” katanya.

Zoo Melaka merekodkan lebih 12,000 pengunjung pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Selain pemakaian pelitup separuh mula dan penjarakan fizikal, kerja-kerja sanitasi juga dilakukan secara berkala.

Pihak zoo juga telah mengambil langkah dengan menyediakan pelekat penjarakan fizikal satu meter di antara setiap keluarga.

Iklan

Gambar tular kes Covid-19 di Zoo Melaka palsu! Sengaja menakut-nakutkan orang ramaiBagi korang yang ingin berkunjung bersama keluarga untuk melawat ke Zoo Melaka terutama pada cuti hujung minggu ini bolehlah berbuat demikian tanpa sebarang kecurigaan.

Cuma apa yang penting, patuhilah segala SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Zoo dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.

Iklan

Kerap mencuci tangan dan menggunakan sanitizer serta jaga penjarakan sosial!

Selamat bercuti!