Harga maksimum minyak masak 8 Disember 2022 -7 Januari 2023, 5 info ibu perlu tahu

MINYAK masak bahan keperluan penting di dapur.Sebagai masyarakat Asia, masakan bergoreng menjadi kebiasaan, justeru penggunaan minyak untuk menggoreng dan menumis menjadi keperluan sehari-hari.

Selepas pengumuman minyak minyak masak tulen bagi pek kemasan botol dua, tiga dan lima kilogram (kg) mula dimansuhkan bermula 1 Julai, harga maksimum bahan mentah ini saban bulan menjadi perhatian para wanita.

Dalam perkembangan terkini, Kementenan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengumumkan harga maksimum baru bagi minyak masak.

Baca juga:7 risiko kesihatan guna minyak masak lebih 3 kali, mak-mak wajib tahu

Kredit foto: Bernama

Lima info ini diharapkan dapat membantu kaum Hawa dalam menyediakan perbelanjaan keluarga:

Iklan
Iklan

1-KPDNHEP memaklumkan bahawa harga runcit maksimum minyak masak tulen kemasan botol bagi tempoh 8 Disember 2022 hingga 7 Januari 2023 berdasarkan purata harga minyak sawit mentah dunia (CPO) adalah seperti berikut:

Harga runcit maksimum bagi minyak masak (botol)

1 kilogram (kg): RM6.90
2 kg: 13.30
3 kg: 19.60
5 kg: 30.90

2-Harga di atas adalah sama dengan harga maksimum bahan tersebut pada November 2022.

3- Penetapan harga difahamkan adalah hasil kerjasama daripada pihak industri minyak masak yang telah bersetuju untuk mengekalkan harga maksimum tersebut walaupun harga purata minyak masak penuh sepanjang bulan November mencatatkan peningkatan berbanding bulan sebelumnya (Oktober).

4-KPDNHEP memberi amaran kepada mana-mana pihak yang menjual melebihi harga maksimum yang telah ditetapkan bpleh dikenakan tindakan di bawah tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh diberikan penalti.

5-Jangan cuba-cuba tidak mematuhi harga ini, mereka yang terlibat boleh dikenakan  tindakan berikut:

a)Individu boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

b)Manakala syarikat boleh didenda sehingga RM500,000.

Baca juga: Minyak masak mahal, Dr Fatimah kongsi kebaikan guna air fryer

BEZA MINYAK SAWIT DAN MINYAK SAYURAN

Kredit foto: Pexels

Mungkin ada yang beranggapan minyak ini sama sahaja kandungannya. Tahukah anda terdapat terdapat perbezaan ketara antara kedua-duanya?

Pengamal perubatan, Dr Zubaidi Ahmad menjelaskan minyak masak terdiri daripada lemak tepu dan lemak tidak tepu. Lemak tidak tepu pula terdiri daripada dua bahagian iaitu lemak monotaktepu dan lemak poli-tak-tepu.

Berikut lima fakta ringkas mengenainya:

1-Minyak kelapa sawit merupakan lemak tepu namun kebaikannya adalah stabil digunakan untuk masakan yang memerlukan suhu yang tinggi atau goreng tenggelam (deep fried) seperti menggoreng ayam dan daging.

2-Manakala minyak zaitun adalah contoh minyak monotaktepu yang mudah terurai dan akan meningkatkan kolesterol baik dalam badan.

3-Minyak monotaktepu yang lain adalah seperti minyak kacang, minyak badam, minyak avokado dan minyak bunga matahari adalah sangat baik kerana mengandungi Omega-3 dan 6 yang diperlukan oleh badan.

4-Minyak monotaktepu tidak sesuai digunakan untuk masakan yang memerlukan jangka masa lama atau terdedah kepada suhu yang terlalu tinggi kerana ia cepat hangus.

5-Jika setiap isi rumah mempunyai dua jenis minyak masak iaitu minyak kelapa sawit dan minyak monotaktepu, gunakan minyak kelapa sawit untuk menggoreng manakala gunakan minyak monotaktepu seperti minyak zaitun untuk menumis atau dijadikan sos salad.

Baca juga: Minyak zaitun dapat kurangkan risiko kematian akibat penyakit kronik. Berikut manfaat lain penggunaan

Sumber: Bernama, Dr Zubaidi Ahmad

Kredit foto utama: Unsplash

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Share
Azma ML

Recent Posts

Tahniah! Anak Rita Rudaini top 10 batch, raih keputusan cemerlang di MRSM. ‘3.99 ini hadiah untuk birthday Mommy’

TAHNIAH diucapkan buat anak sulung Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin yang mencuri perhatian ramai apabila…

7 hours ago

Tahniah! Intan Ladyana bersalin anak kedua, Harris junior selamat dilahirkan

TAHNIAH diucapkan kepada Intan Ladyana dan Harris Alif selamat menyambut anak keduanya di sebuah pusat…

9 hours ago

‘Mama pergi mana?’ Pertanyaan anak mangsa nahas TLDM, Joanna Felicia saat pengebumian meruntun hati

'MAMA pergi mana?" Demikian kata-kata anak sulung mendiang Joanna Felicia Rohna, Allesia Felice Haslie yang…

11 hours ago

Penyatuan jiwa di khemah kecil, pengantin baharu dalam konflik Isr4el-P4lestin jadi perhatian. ‘Saya mahu rumah, peperangan musnahkan impian’

KEMATIAN dan kemusnahan, pergolakan antara Isr4el-P4lestin sejak Oktober lalu tidak menghentikan harapan baru. Malah janji…

13 hours ago

Otai masih berbisa, Datin Sofia Jane Rangkul Anugerah Pelakon Wanita Terbaik, tetap cantik & awet muda di usia 52 tahun

DATIN Sofia Jane membuktikan usia bukan penghalang untuk melakar kejayaan manis dalam karier hidupnya. Memasuki…

16 hours ago

Glamping pod kelapa di tengah laut, ini antara tarikan percutian rare di Langkawi

JIKA sebut jer tentang Langkawi, pasti ramai membayangkan daerah kepulauan tersebut antara tempat percutian yang…

16 hours ago