‘Hari-hari tanya homework, siapa datang sekolah sebenarnya?’ Luahan guru tular, warganet setuju jangan manjakan anak

GRUP WhatsApp kelas sangat membantu ibu bapa dan para guru. Paling efektif digunakan ketika pandemik Covid-19 ketika semua sekolah menjalankan pembelajaran di rumah.

Semua informasi dikongsikan menerusi grup ini termasuk kerja rumah, jadual waktu, aktiviti kelas, pengumuman penting sehinggalah bab derma sekolah!

Sudah bertahun selesa menggunakan kemudahan dalam talian yang percuma itu, nampaknya murid-murid menjadi terlalu ‘manja’.

Terbaharu, seorang guru meluahkan kebimbangan dengan sikap segelintir muridnya yang tidak fokus ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Lebih menimbulkan rasa kecewa, ibu bapa pula didakwa terlalu memanjakan anak yang tidak memberikan perhatian di dalam kelas.

Baca juga: Malas nak bincang hal politik, storan penuh, rasa terasing antara punca ramai left grup WhatsApp

Baca juga: 6,890 guru bersara pilihan pada 2022 & 2021, ini syarat Cikgu Mohd Fadli sebelum akhiri profesion perguruan

Iklan
Iklan

 

“Salam. Saya Cikgu Z**. Maaf tanyalah, apa masalah mak-mak kat sini yang nak sangat melayan anak tak siap kerja? Patutnya kita ajarkan anak-anak erti tanggungjawab, bukan kita yang memanjakan.

“Hari-hari tanya ada homework ke tak, siapa yang datang sekolah sebenarnya? Anak-anak ada tak dalam kelas masa cikgu mengajar?

“Memang menjadi tanggungjawab cikgu ke untuk maklumkan setiap kerja sekolah yang diberi? Bukan tanggungjawab anak-anak untuk fokus dan peka dalam kelas?

“Kalau Darjah Satu saya boleh faham lagi, ini dah Darjah Empat kot,” luah beliau.

Baca juga: Asing kerja sekolah anak dalam grup dengan mudah, wanita ini kongsi guna folder Telegram

Baca juga: ‘;Bukan kecewa, saya terlalu sayang dunia pendidikan.’ Ini sebab Cikgu Fadli undur diri pada usia 41 tahun

Hampa dengan situasi yang berlaku, guru berkenaan menegaskan grup berkenaan bertujuan sebagai medium hebahan sahaja.

“Tolong ya, ini grup untuk makluman penting berkaitan sekolah. Bukan untuk emak-emak mengadu anak tidak siap kerja apa bagai.

“Saya harap semua ibu bapa boleh bagi kerjasama, terima kasih,” kongsinya.

Baca juga: Tampar tak cedera, bapa pemain bola tampar remaja maafkan cikgu raih perhatian warganet, ini kronologi kejadian

Baca juga: Tubuh kurus berbirat, Wardan buat netizen menangis. Diberi nasi lauk garam, cili & lada hitam, lari ke rumah cikgu tak tahan didera

Biarpun ia hanya melibatkan sebilangan kecil ibu bapa yang bersikap demikian, warga maya setuju sesetengah ibu bapa yang terlalu memanjakan atau merajakan anak masing-masing. Ujar mereka:

– “Lama cikgu ni pendam rasanya. Harap ibu bapa hadamlah benda ni. Jangan nak manjakan sangat anak tu.”

– “Teruk juga millennials mendidik anak anak. Kenapa terlalu manjakan anak, tak takut ke nanti mereka jadi lemah. Manja macam ramai orang kata kepada Gen Z sekarang ni.”

– “Pedas dan mantap!”

– “Saya dulu sekolah SJKC and our school provide satu buku yang berfungsi sebagai buku catatan kerja sekolah. Setiap kali ada homework student wajib catat dalam tu. Tak tahu cara di sekolah kebangsaan. I think cara sekolah itu bagus, hingga sekarang amalkan.”

– “Aku dulu tanya mak aku tarikh pun bapak aku terus cakap aku tak pergi sekolah ke sampai tak tau tarikh. Ni sampai tanya kerja sekolah anak, aduhai.”

– “Yang pernah jadi cikgu jer faham perasaan bila hadap parent yang terlampau manjakan anak, macam itu sahaja tiada perubahan dari mula sampai akhir tahun.”

Gambar hiasan

– “Zaman kita dulu tak wujud pun mak nenek grup ini semua. Syok sahaja kita ke sekolah. Tak buat kerja sekolah kena denda berdiri, berdirilah. Itu proses pembelajaran.”

– “Sanggup tu PM tepi cikgu sebab nak tanya homework, anak dia tak masuk kelas ke? Kalau MC atau cuti boleh dimaafkan.”

– “Boleh elak kacau cikgu tiap hari, cari kawan sekelas anak yang rajin sikit. Buat kawan dengan ibu ayahnya. Boleh WhatsApp untuk confirm homework yang diberi. Ini pengalaman saya sejak anak-anak mula bersekolah dulu.”

Sumber: X

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!

Share
Azma ML

Recent Posts

#standwithfaisalhalim, Sultan Selangor titah perkenan tidak hadir Piala Sumbangsih, kecewa permohonan tangguh ditolak

SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah memberi perkenan dan menyokong sepenuhnya keputusan pasukan…

2 hours ago

Grab promosi kaw kaw Shopee Mall Super Brand Day, ini pilihan hadiah buat insan tersayang sempena Hari Ibu

SEMPENA minggu sambutan Hari Ibu, mesti ramai yang plan untuk memberikan hadiah kejutan buat insan…

3 hours ago

16 tahun kahwin, kejujuran rahsia kebahagiaan Mawi & Ekin.’ Tak pernah kongkong, periksa telefon suami’

16 TAHUN melayari bahtera perkahwinan, penyanyi dan penyampai radio, Asmawi Ani atau mesra dengan panggilan…

4 hours ago

Isu tanah 2 nama dipindah milik secara tidak sah telah diratifikasi semula, Amar Baharin sedia berunding. ‘Saya setia menunggu…’

BARU-baru ini, pelakon Amar Baharin meluahkan perasaan tidak puas hati berkaitan pemilikan tanah di Semenyih,…

4 hours ago

Tidak tahan bebelan suami, ibu campak anak lelaki pekak, bisu dalam sungai buaya

  TRAGIS! Disebabkan tidak tahan mendengar ‘bebelan’ suami kerana melahirkan anak pekak dan bisu, seorang…

8 hours ago

Tiara Jacquelina ziarah pusara Hani Mohsin buat warganet terkenang Allahyarham. ’18 tahun berlalu, ALLAH sayang orang baik’

SIAPA tidak kenal pelakon dan pengacara tersohor era 90-an dan 2000-an, Hani Mohsin. Pemergiannya pada…

19 hours ago