Harta melebihi Cristiano Ronaldo, Messi, Neymar, 10 fakta menarik pemain bola terkaya Faiq Bolkiah

JIKA bercakap siapakah pemain bola sepak paling kaya di dunia, pasti ramai akan tertumpu kepada Cristiano Ronaldo, Lionel Messi dan Neymar.

Namun begitu di sebalik kekayaan bintang bola sepak dunia itu, tiada siapa menyangka pemain berusia 24 tahun iaitu Faiq Jefri Bolkiah antara tersenarai sebagai pemain paling kaya.

Berikut 10 fakta menarik mengenai Faiq Bolkiah;

1. Pemegang rekod pemain bola yang paling kaya di dunia dengan anggaran pendapatan mencecah RM87 bilion.

2. Beliau merupakan bekas pemain bola Leicester City. Memulakan karier pada usia muda yang dipilih Southampton pada 2009 untuk sertai akademi bola sepak terkenal itu.

Iklan
Iklan

3. Merupakan anak saudara kepada Sultan Brunei iaitu Sultan Hassanal Bolkiah (bapanya adik Sultan Brunei).

4. Khabarnya Faiq Bolkiah juga merupakan salah seorang pewaris takhta raja. Darah kerabat dalam diri walaupun dilahirkan dan dibesarkan di Los Angeles.

Baca juga Putera Arab Saudi masih koma sejak 17 tahun lalu. Ini penjelasan baginda masih bertahan

5. Kini Faiq menyertai kelab terbaharu Thailand iaitu Chonburi FC, setelah gagal di England bersama Arsenal, Chelsea dan Leicester.

6. Perpindahan itu menawarkan talian hayat dalam kariernya selepas dilepaskan oleh pasukan Portugal, Marimo pada akhir tahun 2021.

7. Meskipun Faiq cemerlang pada mulanya dan menerima anugerah pemain terbaik perlawanan sebanyak dua kali, malangnya beliau gagal menjaringkan gol sepanjang 14 penampilan bersama kelab itu.

8. Pemain sayap itu juga tidak peroleh masa permainan yang maksimum di mana lima daripada penmpilannua bermula dari bangku simpanan manakala beliau dikeluarkan pada separuh masa selepas membarisi kesebelasan utama dalam dua perlawanan.

9. Dalam perlawanan terbaru di mana Chonburi tewas 1-4 kepada Pathum United, dalam perlawanan terakhir mereka musim ini menyaksikan kelab itu menamatkan saingan liga di tempah ketujuh.

10. Meskipun tidak terlalu berjaya di bidang bola sepak, namun itu semua tidak menghalang Faiq untuk mendapat perhatian peminat bola sepak dunia ekoran nilai kekayaan yang dimiliki pemain itu. Kekayaan yang dimiliki menjadikan beliau sebagai pemain terkaya mengatasi pemain bintang dunia lain seperti Cristiano Ronaldo, Lionel Messi dan Neymar.

Wah! Semoga Faiq Bolkiah lebih berjaya pada masa akan datang.

Sumber: Remaja

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

Awas! Perkhidmatan BJAK tiada kelulusan JPJ, 10 info perlu tahu

PERNAH menggunakan perkhidmatan Tindakan BJAK Sdn Bhd (BJAK)? Tahukah anda bahawa perkhidmatan urus niaga pembaharuan…

6 hours ago

Bella Astilah bawa anak-anak melawat Zoo Negara, gelagat Ara & Ayden asyik panggil mummy bikin sebak.’ Momen paling indah…’

KESIBUKAN dengan urusan kerjaya tidak membataskan Bella Astilah untuk memberi tumpuan kepada anak-anaknya. Sementelah permata…

7 hours ago

Penyanyi era 70-an, Hail Amir meninggal dunia pada usia 76 tahun

PENYANYI dan pelakon popular era 1970-an, Datuk Abdul Hail Amir, 76, dilaporkan meninggal dunia pada…

7 hours ago

‘Awak nak teman, ‘instant family’ silakan… bukan bab anak’. Yasmin Hani pilih pasangan kewangan stabil bina keluarga

KEWANGAN stabil, menerima diri serta anak-anak merupakan kriteria utama pelakon dan pengacara, Yasmin Hani memilih…

8 hours ago

‘Dia my bestie, tak jemu beri semangat…’ Sambut anniversary ke-19, Aidid Marcello kongsi pengorbanan Norzie Pak Wan Chek

'DIA my bestie, tempat meluahkan macam-macam. Orang yang tidak pernah jemu beri semangat. Penasihat yang…

9 hours ago

Kenal tak sampai setahun terus dilamar, Afifah sifatkan Syed Hariz tak buang masa. ‘Terima kasih cipta kisah cinta yang indah’

SELAMAT pengantin baharu diucapkan buat pelakon Afifah Nasir yang kini bergelar suri hati kepada kepada…

12 hours ago