Hati-hati, pedih ulu hati kemungkinan serangan jantung

HATI-HATI, sakit gastrik (pedih ulu hati) ada kemungkinan juga sebenarnya adalah serangan jantung.

Pedih ulu hati mungkin bukanlah satu simptom yang membimbangkan untuk pesakit GERD (gastroesophageal reflux disease).

Tetapi rasa pedih dan sakit dada itu mungkin sebenarnya ia tanda sakit jantung.

Pedih ulu hati, sakit dada dan sakit jantung semuanya mempunyai rasa yang seakan-akan sama.

Kadangkala, doktor juga mungkin akan mengalami masalah untuk melakukan diagnosis yang bersesuaian.

Sebab itulah, jika anda dibawa ke hospital disebabkan sakit dada, doktor akan melakukan ujian untuk mengenal pasti sama ada pesakit diserang sakit jantung ataupun tidak.

Baca juga Tahi lalat boleh mencetuskan kanser kulit? Ini penjelasan pegawai perubatan

Menurut Doktor Kesihatan Awam, Dr Khairul Hafidz gejala serangan jantung mempunyai dua gejala iaitu typical dan atypical (tidak typical).

Gejala typical antaranya adalah sakit dada di sebelah kiri terasa seperti tekanan atau dihempap, berpeluh sejuk, sakit itu menjalar ke tangan kiri (atau kedua tangan, leher, rahang atau belakang), sesak nafas, loya atau pening.

Iklan
Iklan

Gejala atypical (tidak typical) pula seperti keletihan, lemah badan, rasa kebas atau kesemutan pada bahagian atas badan, berdebar-debar, rasa sebu, hilang selera makan, rasa keliru dan tak kurang juga merasa pedih ulu hati atau gastrik ini tadi.

Ujar Dr Khairul Hafidz, setakat pengalamannya di hospital, dia pernah berjumpa dengan pesakit yang mempunyai gejala tidak typikal serangan jantung seperti pedih ulu hati ini.

Pemeriksaan dari doktor yang merawat adalah amat penting untuk menentukan adakah pesakit sedang diserang sakit jantung.

“Oleh sebab itu, jika saya melihat pesakit di klinik datang dengan pedih ulu hati dan pesakit adalah pesakit berisiko tinggi seperti mempunyai penyakit kronik dan umur lanjut, salah satu modaliti yang saya akan guna adalah ECG untuk memeriksa jantung pesakit.

“Banyak sebenarnya differential diagnosis untuk pedih ulu hati yang boleh membawa maut seperti perdarahan perut disebabkan ulcer perut yang tidak dirawat. Ini juga sebenarnya boleh menjadi salah satu penyebab kematian.

“Jika kami curiga ke arah perdarahan perut, antara yang boleh dilakukan adalah masukkan kamera ke dalam perut untuk melihat adakah ada perdarahan. Selain itu pemeriksaan warna najis dan muntah juga boleh membantu,” kongsinya menerusi Twitter miliknya baru-baru ini.

Ujarnya, jika seseorang itu mempunyai penyakit gastrik yang biasa, kemungkinan membawa maut adalah sangat sangat kecil.

“Pasti ada penyebab lain seperti serangan jantung atau perdarahan perut itu tadi.

“Apapun, jika sakit tu berterusan dan tak membaik setelah cuba makan ubat, teruslah berjumpa dengan doktor.

“Perubatan ini kompleks sebenarnya, kami kena tanya gejala, buat pemeriksaan dan buat pemeriksaan tambahan, baru boleh tegakkan diagnosis,” pesannya.

Baca juga Dikejarkan ke hospital, Jasmin Hamid kena serangan jantung

Gejala pedih ulu hati boleh terjadi dalam pelbagai jenis termasuk;

  • Rasa terbakar di dada di bawah tulang dada.
  • Sakit dada selepas tunduk, berbaring dan selepas makan.
  • Rasa terbakar dan kepanasan di dalam tekak atau, cecair panas masam, masin di belakang tekak.
  • Sendawa.
  • Batuk yang teruk.
  • Suara menjadi serak.
  • Pernafasan berbunyi seperti serangan asma.

Sementara itu, ini tip mengelakkan dan mengurangkan gejala pedih ulu hati;

1. Mengenal pasti dan mengelakkan makanan yang sangat memberi kesan kepada anda. Elakkan makanan pedas dan berempah terutamanya kari, minuman berkarbonat dan makanan yang diawet.

2. Cuba untuk kurangkan makanan bergoreng dan berlemak. Kembung biasanya terjadi akibat memakan makan berlemak. Lemak akan melambatkan proses pencernaan dan menambahkan rasa perut yang penuh.

3. Amalkan jumlah makanan yang sedikit. Makan jumlah yang sedikit dengan lebih kerap berbanding hanya dua atau tiga kali jumlah yang banyak.

4. Makan perlahan-lahan, kunyah makanan dan elakkan dari terus menelan. Sekiranya anda mempunyai masalah, letakkan sudu dan garfu setiap kali suapan.

5. Jangan makan ketika merasa bimbang, cemas atau kecewa. Makanlah dalam keadaan tenang dengan perlahan lahan. Makan ketika dalam tekanan akan menyebabkan ketidakhadaman dalam perut.

6. Berhenti merokok. Menghisap rokok boleh menambahkan jumlah udara yang tertelan dan ketidakcernaan.

Jadi, hati-hati jika selalu diserang sakit ulu hati, teruslah berjumpa doktor untuk pemeriksaan dikhuatiri terkena sakit jantung.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

3 hours ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

4 hours ago

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

4 hours ago

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

6 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

9 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

10 hours ago