KURANG 10 hari lagi permohonan pengeluaran i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dibuka.

Permohonan yang bermula pada 15 Julai ini hingga 30 September 2021 membenarkan pengeluaran maksimum sebanyak RM5,000 bergantung pada jumlah simpanan ahli.

Dalam pada itu, bagi korang yang bercadang untuk mengeluarkan i-Citra dinasihatkan melakukan tiga perkara berikut bagi memudahkan urusan pengeluaran.

Kaedah itu dikongsikan oleh pihak KWSP menerusi laman sosial Instagram baru-baru ini.

1. Memastikan akaun bank (sama ada akaun simpanan atau akaun semasa) yang akan digunakan berstatus aktif.
2. Maklumat peribadi dan perbankan dikemaskini.
3. Menyemak amaun simpanan semasa

Baca juga Syarat Mohon I-Citra Lebih Mudah, Yang Hilang Pekerjaan Dan Sedang Bekerja Boleh Memohon


Selain itu, KWSP turut memaklumkan bahawa pembayaran i-Citra hanya akan dibayar ke dalam akaun bank atas nama ahli sendiri dan bukannya akaun bersama atau akaun syarikat.

KWSP mengingatkan para pencarum bahawa pihaknya tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga untuk menguruskan pengeluaran simpanan.

Selain itu, KWSP menyeru agar semua berhati-hati susulan maklumat pengeluaran i-Sinar atau i-Citra telah disalahgunakan oleh pihak tertentu.

Butiran lanjut rujuk laman web KWSP atau hubungi talian hotline i-Citra 03-8922 4848.

Sumber: kwsp.gov.my, @kwspmalaysia