IKAN haruan, umum maklum biasanya menjadi salah satu pilihan altenatif untuk merawat ibu bersalin.
Ia ibarat pilihan penjagaan diri utama sebagai ‘penawar’ lagi-lagi untuk ibu yang bersalin secara pembedahan caesarean.
Pastinya ramai para ibu yang menjamu hidangan berkenaan kerana dikatakan bagus untuk memulihkan kembali kesihatan dalam mereka.
Namun melalui perkongsian seorang Pakar Perubatan Keluarga, Dr Siti Aishah Yunos, beliau mendedahkan maklumat penting mengenaikan keburukan ikan haruan buat wanita selepas bersalin.
Menerusi perkongsiannya di TikTok, ini lima risiko untuk ibu bersalin;
1. Pengambilan ikan haruan akan memberikan kesan pada bahagian dalam perut sekali gus menyukarkan tugas doktor ketika para ibu ingin melahirkan anak yang seterusnya.
2. Dr Siti Aishah sarankan wanita berpantang untuk menunggu lebih kurang enam minggu hingga dua bulan sebelum memakan ikan haruan dan pada tempoh tersebut kesan luka pembedahan bahagian dalaman perut akan sembuh sendiri.
3. Bagaimanapun, Dr Siti Aishah tidak menafikan kebaikan makan ikan haruan untuk menyembuhkan luka bersalin dengan cepat tetapi tetapi jika pengambilannya terburu-buru, organ dalaman lain berisiko rosak ketika operasi pembedahan caesarean seterusnya.
4. Ujarnya, memang ikan haruan ini bagus untuk sembuhkan luka bersalin, tapi kalau sembuh terlalu cepat akan jadi masalah untuk bersalin seterusnya yang masih memerlukan pembedahan caesarean.
5. Pesan beliau, nasihat tersebut bukan hanya untuk memudahkan kerja para doktor, ia juga penting bagi menjamin keselamatan para ibu yang bakal bersalin.
Baca juga Sebaknya, ibu meninggal dunia ketika bersalin, bayi 4 bulan naik pentas terima ijazah
Sementara itu, berikut adalah senarai fakta dan mitos tentang diet penyembuhan luka menurut laman web MyHealth KKM.
Ikan haruan dan ikan linang / belut sangat digalakkan supaya luka cepat sembuh.
Telur akan menyebabkan luka menjadi gatal, bernanah dan lambat sembuh.
Elakkan daging ayam betina selepas pembedahan.
Minum pati gamat atau sapu minyak gamat pada luka akan menggalakkan luka cepat sembuh.
Buah-buahan dan sayur-sayuran tidak digalakkan selepas pembedahan kerana dikhuatiri elemen sejuk di dalamnya akan melambatkan proses penyembuhan luka.
Baca juga Tarikh jangka sudah lepas belum bersalin lagi, ibu hamil ‘overdue’ lebih 42 minggu ini puncanya
Semoga bermanfaat!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburka.
BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…
PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…
SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…
TERSENTUH hati melihat kemesraan antara bekas menantu dan mentua iaitu Puteri Sarah Liyana dan Datuk…
PEJAM celik, pantasnya masa berlalu. Siapa sangka anak sulung pengacara tersohor Ahmad Fedtri Yahya, Indah…