Ini amalan doa masuk hutan, wanita suka ‘hiking’, berkhemah, berkelah wajib tahu

INI doa yang perlu diamalkan buat individu beragama Islam ketika masuk ke kawasan hutan. Berwaspada sebelum terkena ya!

Tidak dinafikan mendaki (hiking) merupakan aktiviti mencabar dan menyeronokkan yang boleh dilakukan secara berkumpulan bersama keluarga mahupun rakan.

Aktiviti hiking bukit mahupun gunung semakin menjadi kegilaan ramai dan dilihat menjadi destinasi riadah pilihan pelbagai peringkat umur termasuklah golongan wanita.

Namun dalam keseronokkan melakukan aktiviti tersebut, pasti terselit beberapa dugaan sepanjang melalui trek laluannya.

Seperti umum mengetahui bahawa hutan merupakan tempat tinggal utama bagi jin, makhluk halus mahupun binatang buas.

Iklan
Iklan

Sebaiknya jika melakukan sebarang aktiviti di hutan, tidak kiralah untuk mendaki bukit, berkhemah, berkelah dan sebagainya amalkan membaca doa supaya terhindar daripada segala gangguan.

Baca juga Tergamaknya! Suami ‘buang’ isteri sakit strok dalam hutan

Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali Azhar Basri, dia memberikan sedikit panduan untuk orang ramai setiap kali ingin masuk hutan.

“Hutan adalah tempat tinggal utama bagi para Jin terutama jin kafir dan binatang buas. Jangan sesekali lafazkan “Tok, cucu tumpang masuk hutan ye, tolong jangan kacau” dan seumpamanya kerana hukumnya syirik.

“Doa ketika melangkah masuk ke hutan. Setiap langkah dibaca doa “Salamun a’la sulaiman fil a’lamin” yang bermaksud salam sejahtera ke atas Nabi Sulaiman.

“Setiap langkah dibaca 1 kali sehingga tujuh langkah. Sesungguhnya jin sangat takut akan Nabi Sulaiman dan gerun mendengar nama Baginda. Amalkan ayat itu. Insyallah dengan izinNya tidak akan ada sebarang gangguan ke atas kita,” coretnya.

AMALAN DOA SEBELUM MASUK KE HUTAN

بِسْمِ اللهِ الذِّي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ

“Bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama’ie wa huas sami’un alim

“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi)bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Baca juga Wanita wajib pandai bawa kereta, waktu terdesak tak bergantung harap, 10 tip ini kena tahu

Barangsiapa membaca sebanyak tiga (3) kali, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika waktu subuh sebanyak tiga (3) kali, dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya. (Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan Ahmad).

DOA UNTUK MENGELAKKAN HAIWAN BUAS ATAU BINATANG BERBISA

“Salamun a’la nuhin fil a’lamin”

Bermaksud: Salam sejahtera ke atas Nabi Nuh.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

Ubai sebak, Shila Amzah selamat bersalin anak kedua. ‘Assalamualaikum puteriku, Rhea Akira’

TAHNIAH diucapkan buat penyanyi Shila Amzah dan suami, Ubai Zulkefli selamat menimang cahaya mata bersama…

23 mins ago

Parah muka & mata angkara asid yang dibawa pulang bapa, gadis pasrah. ‘Saya tidak pernah berdendam’

14 tahun telah berlalu, insiden terpercik asid yang tidak disengajakan oleh bapa masih segar dalam…

2 hours ago

Air mata iringi pengebumian mangsa pokok tumbang, anak-anak & keluarga hiba dan sayu

MAJLIS pengebumian mangsa pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur Allahyarham Md Rizal Atan,…

6 hours ago

Minat bola sepak kerana bapa, Faisal Halim pernah lalui kepayahan peringkat awal. ‘Ayah tidak cukup duit beli kasut bola….’

INSIDEN jenayah yang menimpa tonggak pasukan Selangor FC, Faisal Halim terus meruntun hati. Masakan tidak,…

8 hours ago

#standwithfaisalhalim, Sultan Selangor titah perkenan tidak hadir Piala Sumbangsih, kecewa permohonan tangguh ditolak

SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah memberi perkenan dan menyokong sepenuhnya keputusan pasukan…

12 hours ago

Grab promosi kaw kaw Shopee Mall Super Brand Day, ini pilihan hadiah buat insan tersayang sempena Hari Ibu

SEMPENA minggu sambutan Hari Ibu, mesti ramai yang plan untuk memberikan hadiah kejutan buat insan…

13 hours ago