BARANGKALI ramai yang masih takut hendak keluar rumah dengan muka yang ‘togel’ tanpa sebarang penutup hidung dan mulut.

Yalah… negara kita masih belum bebas sepenuhnya daripada wabak jahat Covid-19. Bukan Malaysia sahaja, bahkan di seluruh dunia.

Begitupun, hendak membeli sahaja topeng hidung dan mulut atau mask ini untuk memakainya setiap kali keluar rumah bagi menghadapi new normal, pastinya akan memerlukan kos bukan?

Bagaimanapun, kalau dapat dibuat sendiri atau DIY lebih menjimatkan, apalagi untuk kegunaan satu keluarga.

Menurut perkongsian daripada Facebook Public Health Malaysia (PHM), pemakaian topeng muka juga merupakan antara norma baharu bagi melindungi masyarakat di tempat awam daripada jangkitan virus.

Ia bukan tindakan WAJIB, tetapi ia satu langkah kawalan sukarela bagi masyarakat untuk membantu mengekang penularan virus.

Penggunaan topeng muka berguna terutamanya apabila anda berada di tempat awam.

Gunakan topeng muka dengan betul dan pastikan ia menutup bahagian hidung dan mulut sehingga ke bawah dagu.

Begitupun, sekiranya anda menggunakan topeng muka DIY, pastikan ia bersih dan digunakan dalam masa yang pendek sahaja. Jangan guna ia berulang kali tanpa dibasuh!

Kanak-kanak 2 tahun tak digalak pakai topeng

Buat kanak kanak berusia dua tahun ke bawah pula, si kecil ini TIDAK digalakkan memakai topeng muka kerana risiko lemas.

Tiada keperluan untuk anda membawa anak keluar pada tempoh ini.

Biarpun anda atau ahli keluarga hendak keluar rumah dengan memakai topeng muka, namun jangan terlalu yakin ya. Ia bukan menggantikan strategi pencegahan penjarakan sosial.

Memakai topeng muka bukan bermakna anda boleh berhimpun atau berdiri rapat-rapat!

Berikut merupakan tip cara menghasilkan topeng muka DIY dikongsikan PHM daripada sumber The Centers for Disease Control and Prevention (CDC):

 

1. MENJAHIT TOPENG DENGAN BAJU T TANPA JAHITAN 

 

  1. Gunting bahagian bawah baju T yang tidak digunakan.
  2. Gunting bahagian tadi mengikut potongan dengan ukuran seperti ditunjukkan.

 

2. MENJAHIT TOPENG DENGAN KAIN – GUNA JAHITAN

BAHAN:

  • Dua kain kapas berbentuk empat segi 10″ x 6″
  • Dua keping tali getah, tali, helai kain atau getah rambut
  • Jarum dan benang
  • Gunting
  • Mesin jahit

1.Potong kain kapas segi empat tepat (10 x 6 inci).

-Susun dua kain segi empat tepat ini. Jahit kedua-dua helai kain ini secara berlapis.

2. Di sisi yang panjang, lipat 1/4inci dan jahit. Di sisi berikutnya, lipat setengah inci dan jahit.

3. Masukkan tali getah atau tali pengikat rambut panjang 6 inci. Ikat tali tersebut. Ini akan menjadi tali pengikat di telinga.

4. Masukkan bahagian yang diikat di dalam lipatan di sisi. Jahit di atas dan dibawah lipatan. Sesuaikan panjang tali dan jerutan dengan saiz wajah.

Pastikan selepas itu anda memakai topeng dengan cara yang betul.

Selamat mencuba!