Jangan biarkan isteri berseorangan tanggung masalah depresi, ini kata pakar

BERSAMA Pakar Psikiatri Hospital Kulim, Kedah, Dr Nadia Ismail

SOALAN

Apabila bercakap soal kemurungan, depresi, kegelisahan dan masalah mental, isu tersebut sering dilihat melibatkan para suami yang tertekan akibat kehilangan kerja gara-gara penangan wabak Covid-19.

Namun ramai yang terlepas pandang bahawa golongan wanita paling ramai  berdepan kemelut tersebut. Jadi, bagaimana cara terbaik untuk kaum Hawa melepaskan diri daripada semua gangguan perasaan negatif itu?

JAWAPAN

Sebenarnya, isu berkaitan kemurungan, depresi ataupun kesihatan mental dalam kalangan rakyat negara ini lebih-lebih lagi ketika berdepan cabaran pandemik Covid-19 perlu diberikan penekanan sewajarnya.

Iklan
Iklan

Pertubuhan Kesihatan Dunia turut memberi peringatan bahawa kesan penularan wabak virus korona yang mengganggu kitaran kehidupan seseorang boleh mengundang risiko kesihatan mental tanpa mengira usia dan jantina.

Pun begitu, secara umumnya kita melihat bahawa golongan wanita lebih berisiko berdepan kemurungan atau keresahan kritikal berbanding lelaki kerana sikap semula jadi seorang wanita.

Baca juga Ramai ibu depresi, peguam syarie dedah wanita nak cerai sebab suami lepas tangan

Justeru, jika bercakap mengenai punca, tidak dinafikan banyak elemen yang mempengaruhi perubahan sikap ke arah kemurungan. Antaranya penyalahgunaan dadah, trauma dengan kehidupan lampau seperti kematian insan tersayang ketika masih kecil dan sebagainya.

Hakikatnya, wanita yang berkerja dari rumah pun berdepan tekanan cukup tinggi lebih-lebih lagi mahu menguruskan sekolah anak dengan sistem baharu, hal rumah tangga dan makan minum. Memang penat jika semua itu ditanggung seorang diri.

Kadang-kadang tindakan si ibu yang berupaya menyakitkan orang lain khususnya anak yang masih kecil tanpa sedar cukup bahaya kerana gangguan perasaan membuatkan mereka lupa siapa di sekeliling mereka.

Baca juga ‘Jadilah pendengar yang baik, zahirkan rasa kasih sayang. Itu cara terbaik bantu penderita stres, depresi.’ – Doktor

Sebab itu, saya ingin menyarankan kepada para wanita supaya jangan terlalu memaksa diri menjadi ibu terbaik semata-mata mahu diterima oleh masyarakat sekeliling.

Para isteri ini diibaratkan sebagai tiang rumah, jika terganggu dengan pelbagai tekanan emosi, tidak mustahil rumah akan bergoyang.

Justeru, jagalah kesihatan mental dan fizikal terlebih dahulu bagi mengelak terus dibelenggu gangguan perasaan yang tidak berpenghujung.

Kalau boleh, kaum Hawa perlu sentiasa bermuhasabah diri dan buatlah yang terbaik sebagai seorang ibu sedaya mungkin.

Malah, jika si isteri ‘sakit’, para suami perlu memberikan sokongan tidak mengira saat susah mahupun senang.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Saya ingin menasihatkan kepada semua supaya jangan menanggung ‘sakit’ seorang diri sama ada si suami atau isteri yang berdepan masalah kemurungan.

Apa yang paling penting, jangan malu untuk mendapatkan rawatan segera ataupun mendapatkan bantuan orang ketiga yang boleh dipercayai.

 

Share
Arziana Mohmad Azaman

 

Recent Posts

Redza Syah Azmeer kongsi gambar bernikah lagi, status Irma Hasmie jadi tanda tanya. ‘Perjalanan baharu telah bermula…’

RUMAH tangga pelakon dan hos terkenal, Irma Hasmie kembali menjadi perhatian apabila suaminya, Redza Syah…

3 hours ago

Pelakon Uqasha Senrose selamat timang bayi perempuan, pilih nama Uqaira untuk anak sulung

PELAKON Uqasha Senrose selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan di ibu negara…

1 day ago

Tahniah! Anak Rita Rudaini top 10 batch, raih keputusan cemerlang di MRSM. ‘3.99 ini hadiah untuk birthday Mommy’

TAHNIAH diucapkan buat anak sulung Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin yang mencuri perhatian ramai apabila…

2 days ago

Tahniah! Intan Ladyana bersalin anak kedua, Harris junior selamat dilahirkan

TAHNIAH diucapkan kepada Intan Ladyana dan Harris Alif selamat menyambut anak keduanya di sebuah pusat…

2 days ago

‘Mama pergi mana?’ Pertanyaan anak mangsa nahas TLDM, Joanna Felicia saat pengebumian meruntun hati

'MAMA pergi mana?" Demikian kata-kata anak sulung mendiang Joanna Felicia Rohna, Allesia Felice Haslie yang…

2 days ago

Penyatuan jiwa di khemah kecil, pengantin baharu dalam konflik Isr4el-P4lestin jadi perhatian. ‘Saya mahu rumah, peperangan musnahkan impian’

KEMATIAN dan kemusnahan, pergolakan antara Isr4el-P4lestin sejak Oktober lalu tidak menghentikan harapan baru. Malah janji…

2 days ago