Jangan tengking, naik tangan pada anak. Ini 7 teknik mudah ajar anak mudah patuh pada arahan

PASTINYA, menjadi seorang ibu bapa bukan setakat melahirkan dan membesarkan anak semata-mata.

Sebenarnya, ada lebih banyak perkara yang perlu dilihat dan terapkan pada anak. Salah satu daripadanya bagaimana mendidik anak dengan betul dan sewajarnya.

Dalam banyak hal, kita lihat kebanyakan ibu bapa menggunakan konsep menengking atau naik tangan kepada anak untuk memberi amaran, melepaskan kemarahan atau kononnya mahu mengajar atau mendidik anak-anak.

Bagaimanapun kata Pegawai Perubatan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban, Dr Ahmad Luqman Bukhari melalui entri Facebooknya, pendekatan itu merupakan tindakan yang sangat sangat bahaya kerana ia akan membuatkan hati si kecil menjadi keras.

Iklan
Iklan
Dr Ahmad Luqman Bukhari.

“Anak kita itu sebenarnya boleh sahaja berubah menjadi anak yang paling rapat dan patuh arahan apabila ibu bapa amalkan beberapa teknik mudah ini,” tulisnya.

Berikut 7 teknik yang berkesan untuk ibu bapa praktikkan kepada anak-anak:

i) Kerap mencium dahi dan peluk si kecil.

Cubalah jadikan teknik tersebut sebagai rutin setiap kali selepas solat. Ia kerana ibu bapa perlu berikan sentuhan kasih sayang sebelum menerima kepatuhan anak pada arahan.


ii) Biasakan untuk rendahkan tubuh atau melutut masa bercakap dengan si kecil.

Tindakan itu adalah supaya mata ibu bapa dan mata anak pada aras yang sama dan adanya kontak mata yang bagus.

iii) Sebutkan ayat-ayat yang pendek dan ringkas semasa berikan arahan pada anak.

Ia akan memudahkan si kecil untuk memahami dan sentiasa patuh kepada arahan ibu bapa.


iv) Apabila ibu bapa duduk bersama dengan anak, letakkan telefon bimbit seketika.

Fokus sepenuhnya untuk bermain atau bergurau senda dengan si kecil. Gelak ketawa yang terhasil itu akan mengeluarkan hormon oksitosin dan buatkan ibu bapa dan anak sama-sama rasa lebih tenang dan bahagia.

v) Perhatikan sebaiknya keperluan asas si kecil tu sama ada sudah dipenuhi atau sebaliknya.

Mungkin kanak-kanak kecil itu tidak mendengar cakap sewaktu mereka berasa lapar, mengantuk, rimas atau emosinya berserabut kerana baru sahaja bergaduh dengan adik beradik yang lain.

vi) Ucap terima kasih kepada anak.

Ibu bapa juga boleh praktikkan dengan memberi ucapan penghargaan kepada si kecil supaya mereka sentiasa rasa dihargai.


vii) Tarik nafas dalam-dalam dan kawal emosi setiap kali datang rasa hendak marah.

Dikhuatiri, anak kecil asyik melawan kerana otak mereka terbiasa berada dalam keadaan ‘fight and flight’ akibat terlalu kerap dimarahi.


Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam mendidik anak masing-masing terutamanya melibatkan emosi mereka.Rasulullah SAW bersabda: “Anak itu ibarat seperti kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya menjadi Nasrani, Yahudi ataupun Majusi.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Artikel berkaitan: 3 sebab ibu bapa dilarang cium mulut anak walaupun mereka masih kecil

Semoga perkongsian di atas memberi manfaat terutamanya kepada ibu bapa muda di luar sana.

Share
Farah Eliani

 

Published by
Farah Eliani

Recent Posts

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

6 hours ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

7 hours ago

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

8 hours ago

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

10 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

12 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

14 hours ago