ORANG ramai diingatkan agar sentiasa waspada dan jangan mudah tertipu dengan penyamaran pihak tertentu yang mengaku mereka sebagai anggota Kementerian Kesihatan (KKM) untuk buat ujian swab dari rumah ke rumah.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, KKM tidak pernah menjalankan saringan seperti yang demikian, kecuali di kawasan Perintah Kawasan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Apa yang berlaku adalah kes tipu”, katanya dalam sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), semalam.

Ismail turut menyeru supaya rakyat jangan terpedaya dengan taktik pihak tidak bertanggungjawab tersebut.

“Jadi saya haraplah kepada rakyat kita, supaya jangan tertipu dengan perkara-perkara seperti ini.

“Jika didapati mereka terus ada kes-kes yang datang ke rumah, mengaku dari KKM dan sebagainya dengan tujuan apa sahaja, tolong laporkan dengan pihak polis dengan segera,”.

Iklan

Terdahulu, satu kes tular baru-bru ini kerana ada pihak cuba menyamar sebagai anggota KKM untuk buat saringan tanpa memakai pakaian alat perlindungan diri (PPE).

Iklan

Sumber: Majlis Keselamatan Negara