KETIKA dunia dilanda kesulitan berhadapan dengan masalah wabak covid19 yang sehingga kini masih belum diketemukan penawarnya, ada pihak yang tidak bertanggungjawab kini dilihat cuba mengambil kesempatan.

Majlis Keselamatan Negara telah menasihatkan semua pihak agar berhati-hati dengan taktik terkini pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan terhadap situasi Covid-19 ketika ini.

Dilaporkan terdapat agensi atau individu yang menyamar kononnya mewakili Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menjalankan imunisasi COVID-19 dari rumah ke rumah.

Untuk pengetahuan semua, kerajaan juga sama sekali tidak pernah melantik mana-mana agensi berkaitan untuk menjalankan imunisasi berkenaan.

Majlis Keselamatan Negara juga menegaskan agar orang ramai tidak sewenang-wenangnya membenarkan individu yang mencurigakan atau tidak dikenali identitinya untuk masuk ke dalam rumah, bagi tujuan keselamatan.

Iklan

Awas! Sila berhati-hati dan jangan mudah tertipu!

Iklan

Sumber: Instagram Jabatan Perdana Menteri