JAUHI makanan tinggi proses, ibu mengandung perlu mengambil buah-buahan dalam seharian.

Wanita mengandung sememangnya perlu makan buah-buahan untuk mendapatkan antioksida, mineral, vitamin dan serat yang mencukupi.

Keperluan nutrisi yang anak dalam kandungan dapat, bergantung pada apa yang ibu makan.

Oleh sebab itu perlunya memililih makanan yang baik-baik untuk dibawa masuk ke perut, supaya anak dapat khasiatnya sama.

Menurut Dr Mazliana Mazlan, tinggalkan makanan tinggi proses waktu mengandung. Ia akan beri kesan pada anak sedikit sebanyak jika ibu tak ambil kisah apa yang dimakan.

Ujarnya, semua jenis buah bagus untuk ibu mengandung selagi mana diambil dalam kuantiti yang sederhana dan tak berlebihan.

Berikut 11 jenis buah antara yang baik untuk ibu mengandung. Boleh cuba makan dalam tempoh sembilan bulan mengandung.

1. Pisang

Ada pottasium, untuk elakkan kaki ‘cramp’ dan lenguh waktu mengandung.

Saiz nampak kecil, rupanya buah kiwi kaya dengan khasiatnya!

2. Kiwi

Tinggi kandungan folate, untuk pertumbuhan otak dan sistem saraf tunjang anak.

3. Jambu batu

Vitamin C dan antioksida, baik untuk kesihatan ibu secara umum.

4. Epal

Kandungan fiber, baik untuk usus dan kurangkan risiko sembelit.

5. Pear

Tinggi fiber, bagus untuk usus dan mudahkan ibu membuang.

Cegah kanser, kuatkan daya ingatan. Banyaknya khasiat buah delima!

6. Delima

Ada folate dan iron, kurangkan risiko anemia pada ibu dan untuk pertumbuhan saraf tunjang anak.

7. Avokado

Choline bagus untuk pertumbuhan otak dan saraf anak dalam kandungan.

Iklan

8. Berries

Tinggi vitamic C, bantu penyerapan iron yang lebih sempurna buat ibu dan elakkan anemia.

9. Tembikai

Banyak kandungan air dan mineral, magnesium mampu untuk regangkan otot ibu, kekalkan hidrasi juga.

Tak rugi bagi siapa yang suka makan buah mangga!

10. Magga

Tinggi vitamin C dan fiber, elakkan sembelit buat ibu mengandung.

Iklan

11. Oren

Folate pun ada dalam oren, bagus untuk pertumbuhan sistem saraf anak.

Ibu mengandung boleh cuba amalkan makan buah-buahan ini. Banyakkan hidangan buah dalam sehari. Sekurangnya-kurangnya dua atau tiga kali sehari.

Gantikan makanan kurang sihat dengan buah yang pasti lebih sihat buat ibu dan anak dalam kandungan.

Nak ajar anak makan sihat, sebenarnya bermula dari kita sendiri ibu dan ayah. Anak tengok, sampai masa mereka akan mengikuti.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.