TAHUKAH anda tahun ini merupakan tahun ke-26 penganjuran Jejak Rasul?

Memetik kata-kata Ahmad Fedtri Yahya semalam selaku watak utama di dalam program tersebut, beliau berkongsi mengenai perkara tersebut kepada pengikutnya menerusi laman Twitter.

“Jejak Rasul berusia 26 tahun.

“Ada yang lagi muda daripada Jejak Rasul.

“Ketika kali pertama menonton program berkenaan, hanya melopong kerana masih anak kecil tanpa ilmu, tulisnya.

Program tersebut telah mula bersiaran bermula 19 April lalu dan bakal bersiaran sehingga 23 Mei akan datang di sebuah rancangan televisyen terkenal di Malaysia, TV3.

Ahmad Fedtri turut menzahirkan rasa syukur kerana tahun 2020, direzekikan Allah untuk menerajui program berkenaan dengan sejumlah pengalaman hebat tidak ternilai.. Nikmati…

Iklan

Jejak Rasul adalah siri televisyen dokumentari Islam Malaysia.

Pada musim ini memilih Nabi Nuh dan Ibrahim sebagai fokus utama untuk diterokai.

Iklan

Rancangan tersebut disiarkan sejak tahun 1996 dan pada musim ini disiarkan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad pada jam 6.30 hingga 7.00 petang.

Gambar: Twitter Ahmad Fedtri Yahya