DALAM tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, macam-macam tekak ni nak makan kan. Ada ke yang tiba-tiba teringat nak makan kacang kuda? Jika ya, jangan risau, tak perlu tunggu PKP tamat, boleh buat sendiri di rumah.

Boleh dapatkan kacang kuda ini di kedai-kedai runcit dan rebus sendiri. Selain sedap dimakan, kacang kuda banyak khasiat untuk kesihatan. Berikut antara khasiatnya.

1. Membekalkan vitamin dan mineral kepada badan

Dalam secawan kacang kuda mengandungi kira-kira 71% Vitamin B6, 28% fosforus, 26% zat besi. Di mana ia amat membantu dalam menghasilkan sel baharu, meningkatkan sistem imunisasi badan, mengelakkan dari anemia serta menguatkan fizikal otot dan tulang.

2. Tinggi kandungan protein

Dengan memakan kacang kuda dapat membekalkan sumber protein kepada badan anda. Hanya segengam kacang kuda sahaja sudah membekalkan nilai protein yang tinggi di mana ia amat diperlukan oleh badan dalam menguatkan otot, membina tisu badan dan menguatkan tulang.

3. Mengenyangkan

Jika anda makan kacang kuda anda akan rasa lebih kenyang. Ini kerana kacang kuda merupakan sumber karbohidrat kompleks. Dengan itu, ia akanis dihadam lebih lama oleh perut sekaligus membuat anda rasa kenyang lebih lama.

4. Menstabilkan paras gula dalam badan

Iklan

Oleh kerana kacang kuda ini merupakan sumber karbohidrat kompleks dan dihadam perlahan oleh perut, maka ia tidak akan menyebabkan perubahan drastik terhadap jumlah glukosa dalam badan. Sekaligus menstabilkan paras gula dalam badan.

5. Melawaskan

Iklan

Kacang kuda turut mengandungi kandungan serat yang tinggi. Justeru ia amat membantu melawaskan pembuangan toksik dari badan anda.

Banyak khasiat daripada kacang kuda ini untuk kesihatan badan jika diamalkan. Semoga bermanfaat buat semua.

Penulis: Suhaila Ali
Sumber: primabella & chentasimaya_roy