NEGERI Perlis yang terletak di utara Semenanjung Malaysia, sememangnya sinonim dengan nama harumanis. Negeri Perlis diiktiraf sebagai negeri paling kecil di negara ini.

Namun sekecil-kecil negeri ini, ia tetap memiliki keistimewaan tersendiri yang tiada di negeri-negeri lain, bak kata pepatah kecil-kecil cili padi. Jom kita kenali harumanis dengan lebih dekat!
Adakah anda tahu tentang fakta harumanis ini?

1. Baka mangga terbaik di Malaysia
2. Digelar harumanis kerana ia mengeluarkan aroma yang harum dan rasanya yang manis
3. Boleh didapati dalam tempoh sebulan atau sebulan setengah sahaja
4. Musim mempelam harumanis adalah pada bulan April dan Mei pada setiap tahun
5. Telah didaftarkan sebagai harta intelek
6. Isinya yang tebal kekuningan serta rasanya yang enak dimakan bersama pulut sebagai salah satu sajian tradisi di negeri Perlis

Kenali ciri-ciri fizikal mangga harumanis original:

1. Berbentuk sedikit gempal atau agak gemuk membulat namun tidak terlalu besar

2. Hujung ekornya kelihatan bucu yang tidak tajam. Dua lekukan atau bucu

Iklan

3. Senang nak kenali sama ada ianya harumanis atau tidak kerana mangga harumanis yang asli akan bebau harum dan manis.

Iklan

Sudah ketahui dan kenalpasti jenis harumanis kan, harap selepas ini ianya memudahkan anda untuk membeli mangga elit ini.

Sumber: FAMA
Penulis: Fatin Syazwani Mohammed Hanif