KETUA Pengarah Kesihatan (KKM) menjelaskan bahawa terdapat 69 kes sporadik yang dilaporkan di Malaysia.

Kes sporadik merupakan kes seseorang individu itu tidak mempunyai sejarah perjalanan dan tidak ada berhubung dengan kontak rapat Covid-19, tetapi dia telah disahkan positif wabak tersebut.

Bagaimanakah dia boleh dijangkiti?

Jangan ambil mudah penyakit ini walaupun anda tidak keluar dari rumah. Virus ini amat berbahaya!

Ibu-ibu harus pastikan kebersihan menjadi amalan semua ahli keluarga. Jangan selalu berkumpul dengan jiran atau ahli keluarga dalam kelompok yang ramai.

Pada ketua keluarga yang balik dari pasar pula perlu basuh tangan dan mandi sebelum berdekatan dengan ahli keluarga.

Elakkan risiko kebarangkalian anda dan ahli keluarga anda dijangkiti. Jika ada rasa sayang yang mendalam kepada ahli keluarga, semua ahli harus prihatin dengan virus Covid-19.

Banyak kemungkinan untuk anda dijangkiti secara tidak disedari.

Contohnya: <

Iklan
  • Anda berada di pasar raya atau pasar basah, orang yang pembawa virus bersin atau batuk, virus itu pun boleh terjangkit kepada anda walaupun anda memakai penutup muka.
  • Sebaik sahaja pulang ke rumah, anda tidak bersihkan diri malah terus memasak dan buat kerja itu ini atau lepak menonton televisyen.
  • Harus diingat, anda tidak akan terus sakit tetapi kesannya hanya diketahui setelah 14 hari sehinggakan anda pun tak ingat tempat yang anda kunjungi.

Jagalah diri, hargailah nyawa!

Duduk di rumah memang selamat tetapi kalau anda asyik keluar ke sana ke sini, anda juga mungkin tidak selamat.

Oleh itu, kurangkan pergerakan. Ingat, jika anda dijangkiti Covid-19, mungkin semua ahli keluarga anda juga akan turut dijangkiti. Kalau tak nak, sila jaga diri betul-betul semasa tempoh PKP ini.

Iklan

Jadi, ingat lima langkah bijak ini :

  1. Basuh tangan dengan kerap dan betul.
  2. Amalkan penjarakkan sosial.
  3. Mandi dan bersihkan diri setiap kali selepas keluar rumah.
  4. Minum air putih 1.5 liter sehari.
  5. Jangan keluar rumah sekiranya tiada keperluan.

#juststayathome #janganputusasamalaysia