Kucing mengiau hint sedang bercakap dengan manusia, layanlah dengan baik

KUCING salah satu haiwan peliharaan yang sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia.

Teletahnya yang manja dan comel membuatkan ia sentiasa dimanja dan dibelai.

Betapa sayangnya pada kucing sehingga segelintir pemilik mengganggapnya sebahagian ahli keluarga, malah diberi nama panggilan istimewa.

Iklan
Iklan

 

Kajian mendapati mereka yang berada dalam keadaan kemurungan mampu pulih apabila berinteraksi dengan kucing.

Bukan itu sahaja, perlakuan membelai kucing juga dapat membantu menurunkan paras tekanan dan stres dihadapi.

Baca juga Black-Footed Cat, Kucing Kecil Berbahaya. Memburu Lebih Daripada Harimau Bintang!

 

Tahukah korang bahawa kucing berkomunikasi dengan manusia dengan bunyi mengiau? Perkara itu dikongsikan oleh pengguna Twitter dikenali Dr Redza Zainol.

“Kalau dengar kucing mengiau-ngiau itu bermakna ia sedang bercakap dengan kita. Maka layanlah kucing tu ya!,” tulis beliau.

Katanya kucing dewasa mengiau kepada manusia untuk berkomunikasi dan hanya kucing domestik berbuat demikian.

Baca juga Seramnya, Kucing Ini Bermain Dengan Entiti Berambut Panjang, Berbaju Putih

 

Beliau turut mendedahkan anak kucing mengiau untuk memanggil ibunya. Namun, perbuatan tersebut terhenti apabila umurnya mencapai empat bulan.

Haiwan berbulu gebu itu juga berkomunikasi secara vokal dengan kucing lain menerusi menggeram (growl), dengkur (purr), mencicip (chirrup) dan lain-lain.

 

 

Bagi pencinta kucing, perhatikan tingkah laku kucing korang. Jika ia mengiau-ngiau maksudnya perlu diberikan perhatian. Mungkin ia sedang ‘meminta’ sesuatu seperti makanan atau keperluan lain.

“Diharapkan dengan ini, korang akan mudah memahami kehendak si anak bulu.”

 

Bahagianya apabila mempunyai kucing peliharaan. Selain memulihkan kemurungan, memelihara kucing juga salah satu cara melatih diri menjadi seorang yang bertanggungjawab dan prihatin kepada sekeliling.

Sumber: Dr Redza Zainol

Share
Azma ML

Recent Posts

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

6 hours ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

7 hours ago

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

8 hours ago

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

10 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

12 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

14 hours ago