Lengkap vaksin, kehadiran 50% kapasiti ruang. Semua majlis sosial dibenarkan di negeri Fasa 4

BERITA gembira buat semua! Kini majlis sosial dibenarkan di semua negeri Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menteri Pertahanan, Tan Sri Hishammuddin Hussein baru-baru ini menjawab pertanyaan salah seorang pengguna Twitter mengenai kebenaran melakukan majlis-majlis sosial di negeri Selangor menerusi akaun Twitternya.

“Boleh, jika ikut SOP yang telah dikeluarkan untuk negeri-negeri Fasa 4 seperti berikut,” ciapnya menerusi akaun Twitter.

Menerusi perkongsian itu, turut disertakan senarai majlis sosial yang dibenarkan di Kuala Lumpur dan Selangor seperti dalam SOP negeri-negeri lain di Fasa 4.

Iklan
Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Antaranya;

1. Kenduri kendara

2. Sambutan perayaan

3. Pernikahan atau pertunangan, majlis perkahwinan serta resepsi

4. Aqiqah, doa selamat, tahlil

5. Sambutan ulang tahun, hari kelahiran, reunion, retreat dan lain-lain majlis sosial.

Namun, semua aktiviti itu dibenarkan hanya bagi individu yang lengkap menerima vaksin dengan 50 peratus kapasiti ruang dan penjarakan fizikal.

Dalam pada itu, bagi individu yang telah menerima vaksin lengkap juga dibenarkan membawa anak-anak berusia 18 tahun ke bawah ke majlis sosial terbabit dengan mematuhi protokol kesihatan umum.

Bagaimanapun, Hishammuddin berkata, larangan yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hanya untuk aktiviti perhimpunan, majlis sosial yang berkaitan dengan pilihan raya.

PPN merupakan strategi peralihan keluar secara berfasa daripada kemelut pandemik Covid-19. Pelan itu dirangka kerajaan dengan membuat pertimbangan sebaik mungkin bagi memastikan setiap keputusan yang diambil adalah untuk melindungi nyawa dan memastikan kelangsungan hidup rakyat. Strategi PPN juga merangkumi empat fasa dan melibatkan pelan peralihan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat.

Baca juga Cream cracker dihasil, dipasarkan di Malaysia selamat, kenyataan syarikat jenama biskut terima pelbagai reaksi pengguna

Sementara itu antara negeri yang telah memasuki Fasa 4 ketika ini adalah Pahang, Terengganu, WP Putrajaya, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Labuan, Melaka, Johor dan Negeri Sembilan.

Justeru, bagi korang yang berada di negeri Fasa 4 bolehlah melakukan aktiviti sosial yang telah dibenarkan.

Namun ingat! Covid-19 boleh membawa maut. Pastikan sentiasa memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal yang selamat. #staysafe #kitajagakita

LIHAT SINI untuk PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN) – SOP FASA 4 . TARIKH KEMAS KINI: 24 OKTOBER 2021 

Share
Faezah Muda

 

Recent Posts

Cuaca panas tidak selamat kepada warga emas. Pakar ini syor langkah pencegahan patut diambil

NEGARA kita kini sedang mengalami cuaca panas. Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan fenomena itu akan berlarutan…

2 hours ago

Bufet Ramadan tema nostalgia kampung, gulai tunjang laku keras di Padang On Wheels

  KEPADA yang meminati makanan asli Padang Indonesia, Padang On Wheels merupakan pilihan tepat.  Lebih…

4 hours ago

Variasi Gulai Kawah Pak Hamidi, juadah istimewa rekomendasi cef Mercure Living Putrajaya

"ANTARA hidangan istimewa yang kalian wajib cuba ialah variasi Gulai Kawah Pak Hamidi terdiri Gulai…

4 hours ago

‘Mudahnya dapat dosa. Jaga lidah, lisan…’ Video sedondon baju putih bersama Aliff Aziz jadi perhatian, ini reaksi Ruhainies!

PERKONGSIAN terbaharu pelakon Ruhainies menerusi Instagram Story miliknya mengundang tumpuan ramai. Manakan tidaknya, beliau yang…

6 hours ago

Resipi martabak daging cara orang lama. Tak guna ubi kentang dan serbuk kari. Dijamin sedap dan juicy!

MARTABAK adalah menu paling dicari ketika bulan Ramadan. Gerai-gerai yang menjual makanan tersebut di bazar…

6 hours ago

Bazar wajib pergi bila Ramadan, 8 tempat ini paling best di Selangor. Nombor 2 dan 5 memang legend!

MEMASUKI minggu ketiga umat Islam berpuasa, sudahkah anda berkunjung ke bazar Ramadan? Di Negeri Selangor…

10 hours ago