Macam-macam cara boleh sedekah, ini paling kreatif dan terbaik

SEMAKIN hari, semakin memberi ia semakin bertambah. Kehidupan manusia lebih indah jika sentiasa memberi atau bersedekah.

Tidak perlu kedekut untuk memberi sedekah kepada orang yang memerlukan. Lebih banyak memberi, lebih lagi ALLAH akan permurahkan rezekimu.

Nak melakukan kebaikan dengan amalan bersedekah boleh saja pada bila-bila masa.

Tak perlu tunggu kaya, hanya secara kecil-kecilan atau apa yang mampu sedikit sebanyak boleh meringankan beban dan memuliakan diri dan orang lain.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Jom amalkan. Ini 15 cara yang kreatif untuk bersedekah;

Iklan
Iklan

1. Letakkan ditingkap rumah segelas air atau makanan untuk burung-burung yang datang hinggap serta letakkan nasi bersama ikan serta air untuk kucing-kucing yang datang dan makan.

2. Apabila dapat gaji pada awal bulan, asingkan sebahagian untuk disumbangkan kepada anak-anak yatim.

3. Sebagai majikan, apa salahnya belikan makanan atau minuman kepada pekerja untuk sarapan atau sebagainya.

4. Sediakan satu kotak di rumah atau pejabat, setiap hari masukkan RM 1 sekurang-kurangkan. Apabila akhir bulan, ambil duit tersebut dan bersedekahlah. Amalkan sikap ini setiap bulan.

5. Belilah beberapa buah kerusi dan letakkan di dalam masjid supaya dapat digunakan oleh orang lain yang memerlukannya untuk solat.

6. Belilah juga al-Quran dan letakkan di dalam masjid untuk dibaca oleh orang ramai. Bayangkan banyaknya pahala yang akan dapat apabila orang mengguna al-Quran tersebut.

7. Jika hadir ke majlis apa-apa pun, belilah air mineral dengan niat untuk bersedekah kepada orang yang memerlukan.

8. Jika mengisi minyak kenderaan, bersedekahlah sedikit baki daripada bayaran kepada petugas di stesen minyak itu.

9. Hadiahkan senyuman pada setiap hari untuk setiap orang yang kita jumpa. Jangan kedekutkan senyuman kerana ia adalah sedekah.

10. Tunjukkan perasaan gembira dan berilah senyuman kepada setiap orang, khususnya kepada mereka yang ditimpa kesedihan serta berdoa yang tulus untuk mereka.

11. Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet untuk diberikan kepada mereka yang susah.

12. Letakkan sebuah kotak kecil di bilik. Setiap kali merasa diri melakukan dosa, masukkan wang kecil ke dalamnya. Genap sebulan sedekahkan wang itu kepada mereka yang memerlukan.

ALLAH SWT akan menerima taubat seseorang yang bersungguh-sungguh dan menyesal atas perbuatan dosa yang dilakukan selama ini selagi nyawa belum sampai di kerongkong.

13. Jika membeli barang dari peniaga-peniaga kecil, kemudian peniaga berkenaan ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki itu untuk mereka sebagai suatu sedekah.

Baca juga ‘Kes tutup’ – Akui keterlaluan isu video tular VIP solat Jumaat, Imam Masjid Putra mohon maaf

14. Sebelum tidur, maafkan semua orang yang telah menyakitkan hati kita walaupun kesalahannya besar.

15. Sedekahkan al-Fatihah kepada ahli keluarga atau sahabat handai yang telah meninggal dunia.

Semoga bermanfaat!

Sumber: zayan, wanista

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

Air mata iringi pengebumian mangsa pokok tumbang, anak-anak & keluarga hiba dan sayu

MAJLIS pengebumian mangsa pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur Allahyarham Md Rizal Atan,…

48 mins ago

Minat bola sepak kerana bapa, Faisal Halim pernah lalui kepayahan peringkat awal. ‘Ayah tidak cukup duit beli kasut bola….’

INSIDEN jenayah yang menimpa tonggak pasukan Selangor FC, Faisal Halim terus meruntun hati. Masakan tidak,…

3 hours ago

#standwithfaisalhalim, Sultan Selangor titah perkenan tidak hadir Piala Sumbangsih, kecewa permohonan tangguh ditolak

SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah memberi perkenan dan menyokong sepenuhnya keputusan pasukan…

7 hours ago

Grab promosi kaw kaw Shopee Mall Super Brand Day, ini pilihan hadiah buat insan tersayang sempena Hari Ibu

SEMPENA minggu sambutan Hari Ibu, mesti ramai yang plan untuk memberikan hadiah kejutan buat insan…

8 hours ago

16 tahun kahwin, kejujuran rahsia kebahagiaan Mawi & Ekin.’ Tak pernah kongkong, periksa telefon suami’

16 TAHUN melayari bahtera perkahwinan, penyanyi dan penyampai radio, Asmawi Ani atau mesra dengan panggilan…

8 hours ago

Isu tanah 2 nama dipindah milik secara tidak sah telah diratifikasi semula, Amar Baharin sedia berunding. ‘Saya setia menunggu…’

BARU-baru ini, pelakon Amar Baharin meluahkan perasaan tidak puas hati berkaitan pemilikan tanah di Semenyih,…

9 hours ago