MEMANG tidak dapat dinafikan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini memang terasa agak bosan jika tidak tahu hendak buat apa di rumah.

Nak bergerak ke sana ke sini pun tak boleh kerana orang ramai perlu duduk diam di rumah sepanjang PKP.

Mungkin kerana bosan ketika PKP ini, boleh dikatakan ramai yang kini sudah mula terjebak dengan aplikasi TikTok.

Macam-macam gaya video yang dihasilkan dan turut dikongsi di laman sosial lain seperti Facebook, Instagram mahupun Twitter mengikut kreativiti masing-masing.

Namun, di sebalik keasyikan orang ramai menghasilkan video-video TikTok buat tontonan umum, Pencetus Ummah Amin (PU Amin) menasihati orang ramai untuk tidak terlalu berseronok ketika waktu negara kita dan dunia ditimpa bencana sebegini.

“Gunakanlah masa lapang yang ada untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT dan melakukan ibadah dan amalan seperti berzikir, membaca al-Quran dan selawat adalah lebih digalakkan. Janganlah melakukan perkara yang boleh dianggap sia-sia,” jelasnya di Instagram baru-baru ini.

Main TikTok ketika negara ditimba bencana, PU Amin beri nasihat

Iklan

Menurutnya, tidak salah untuk merakam video sedang berjoget tetapi janganlah dipertontonkan kepada khalayak ramai.

Pada ketika ini, kita seharusnya bermuhasabah diri dan cuba untuk melakukan perkara yang lebih berfaedah.

Iklan

Perkongsian dan nasihat PU Amin itu mendapat reaksi yang positif dalam kalangan warganet.

Jadi, tak salah untuk kita berhibur untuk menghilangkan stress atau sebagai hiburan dalam sesame ahli keluarga, namun perlu berpada-pada. #juststayathome #janganputusasamalaysia