BAYANGKAN setiap hari sekujur tubuh yang semakin dimamah usia setia menantikan kunjungan zuriatnya sendiri melawatnya.

Barangkali dapat merasakan hayat diri hanya tinggal berapa lama sahaja lagi, hasrat berjumpa si anak telah dinyatakan, malah petugas hospital sudahpun cuba menghubungi waris lelaki berusia itu.

Dari hari ke hari, si anak-anak tersayang yang dinantikan tidak juga datang menjenguknya yang makin lelah menunggu di hospital.

Hendak kata takut jangkitan Covid-19 yang digeruni masa kini, pakcik tadi sudahpun disahkan negatif bukan penghidap Covid-19.

Jawapan yang diterima daripada anak-anak yang dihubungi petugas kesihatan amat menyedihkan.

Itulah kisah yang dikongsikan wanita ini yang tular di media maya semalam dan hari ini.

Dalam satu status Facebook, semalam, Che Suriani Che Saufi menyatakan kekesalan berikutan seorang pesakit yang negatif Covid-19 sepatutnya boleh pulang ke rumah, tetapi meninggal dunia di hospital.

Apa yang dikesalkan anak-anak kepada lelaki berkenaan sudah pun dihubungi, namun pelbagai alasan diberikan diberikan daripada mengambil bapanya.

Ramai orang menangis tidak berkesudahan tidak lagi dapat berjumpa ibu, bapa tersayang atau kedua-duanya yang telah pergi terlebih dahulu menghadap ILAHI.

Begitupun, dalam kes ini, sekelumit masa yang tinggal sepatutnya dimanfaatkan untuk bapa malang itu, namun disia-siakan si anak. Itulah yang dikesalkan.

Berikut status yang dikongsikan Che Suriani:

Iklan

“Something bad to share today.. Datang kerja shift pagi hari ni dapat news ada patient meninggal. Yang mana sepatutnya patient dah boleh discharge 2hari yg lalu sebab covid swab negative.

Call relative(anak lelaki) – ckp x boleh dtg ambil ayah, tgh kerja. Call anak lelaki yg lain, wife jawab husband tgh tarawih, xboleh dtg ambil juga, call lagi sekali engaged.

Call esoknya pun sama sampai masa kita ugut nak report polis, tp still tak ada feedback.. So terpaksa tunggu plan doctor.

Iklan

Sekali petang, ajal patient tiba.. So, bila kita call relative bgtaw ayah diorang dah takde, tiba2 3 orang anak boleh je datang serentak cepat2..

Kenapa masa call untuk jemput ayah pulang takde yg datang? Arwah hari2 tanya anak diorang ada call ke tak..

Come on Malaysian… Pengajaran untuk diri sendiri dan orang lain, janganla ada macam ni.. Nanti diri sendiri terkilan.”

Menyesal kemudian tiada gunanya. Moga kita mengambil iktibar daripada perkongsian wanita ini. -AG