SEPANJANG tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mana hari ini memasuki hari ke 35 fasa ke tiga, sudah tentu pelbagai aktiviti yang dilakukan orang ramai di rumah.

Malahan platform laman sosial juga kini semakin dibanjiri pengguna yang memuat naik masakan atau menu istimewa di status akaun masing-masing.

Bermula dengan resipi kopi dalgano beralih pula kepada pelbagai menu viral baik demonstrasi di Facebook, Instagram mahupun YouTube.

Lebih mencuri tumpuan kini lahir pula Facebook page yang semakin menjadi tular dalam kalangan orang ramai iaitu ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official’ (MATJHIO).

Laman page tersebut menjadi tular dan mempunyai hampir 1 juta ahli walaupun ia baharu sahaja diwujudkan hanya dalam tempoh seminggu.

Pengasasnya yang dikenali dengan panggilan Kak Laila juga tidak menyangka penerimaan orang ramai dan angka luar biasa itu mampu dicapai.

Hiburan dan kisah lucu yang dikongsikan dalam MATJHIO mampu membuat sesiapa sahaja ketawa berdekah-dekah.

Sebagai contoh mungkin juga dalam kalangan anda ada yang beranggapan goreng telor adalah sesuatu yang mudah bukan?

Tetapi apabila telor yang digoreng itu kelihatan pelbagai rupa selepas digoreng malahan ada yang berbentuk yang sukar untuk dilabel sebagai telur goreg ia memang melucukan.

Iklan

Jadi, kini anda dah ada platform untuk berkongsi menu-menu gagal anda. Haha!

Laman tersebut diwujudkan dengan tujuan menghiburkan antara satu sama lain menerusi perkongsian masakan tidak menjadi masing-masing bagi mengurangkan tekanan yang orang ramai hadapi ketika perlu berada di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Iklan

Dengan kata mudahnya, lain yang dimasak lain pula yang jadi! Memang lucu dan geli hati apatah lagi, ditambah dengan kapsyen yang kelakar.

Teringin nak lihat hasil masakan tak jadi netizen? Jom layari laman group ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ini’ di Facebook!

#juststayathome #janganputusasamalaysia