BARU-BARU ini ratusan individu warga tempatan dan juga warga asing yang menetap di sekitar kawasan Jalan Masjid India menjalani saringan Covid-19.

Ia disebabkan kes positif Covid-19 yang direkodkan di Bangunan Selangor Mansion di Jalan Masjid India, naik kepada 43 kes iaitu pertambahan sebanyak 32 kes, setakat hari ini.

Oleh demikian, para petugas perubatan yang ditugaskan untuk terlibat dalam menangani kes ini, masih gigih lagi berjuang demi negara.

Kesungguhan dan semangat cintakan negara yang ditunjukkan pasukan barisan hadapan dalam menangani wabak pandemik ini wajar dipuji.

Mesej di belakang sut PPE tarik perhatian warganet

Sejak dari hari pertama ditugaskan sehingga ke hari ini, pelbagai dugaan dan ujian yang terpaksa ditempuhi oleh mereka.

Apa yang mencuri tumpuan orang ramai, apabila tersebarnya foto-foto petugas KKM memasuki ketika Flat Selangor Mansion untuk membawa membawa keluar penghuni yang dipercayai positif Covid-19.

Petugas KKM itu dilihat memakai sut PPE dengan tertera kata-kata semangat yang ditulis di belakang sut mereka dengan pelbagai ucapan seperti :

“Nak balik raya, Rindu Mak, Demi Rakyat, Frontliner vs Kayangan, Nak kawin” dan banyak lagi.

Foto tersebut telah mendapat pelbagai reaksi netizen, rata-ratanya meluahkan rasa terharu dengan semangat yang ada dalam diri setiap petugas barisan hadapan ini, walaupun berdepan pelbagai dugaan.

Sinar Plus harap semoga para petugas barisan hadapan kita mampu untuk berjuang sehingga Malaysia benar-benar bebas daripada ancaman virus yang kini telah meragut ribuan nyawa!

Iklan

Menangani wabak Covid-19 adalah tanggungjawab kita bersama. Namun, bersyukurlah peranan kita dalam menangani wabak ini hanyalah dengan duduk di rumah.

Jika difikir kembali, banyak perkara boleh disyukuri. Keselesaan baju dipakai di rumah berbanding PPE dipakai doktor dan jururawat.

Kita tidak perlu berpanas dan berhujan serta boleh solat tepat waktu serta bebas melakukan ibadah.

Mereka yang bekerja makan gaji pula, gajinya dibayar tanpa perlu ke pejabat. Bagi yang tiada bergaji, mendapat imbuhan pula daripada pihak kerajaan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin yang diumumkan oleh Perdan Menteri baru-baru ini.

Iklan

Jika kita duduk di rumah kerana mematuhi perintah Allah dan Rasul-Nya tanpa keluh-kesah, pasti ganjaran Allah SWT akan melebihi ganjaran dunia. InsyaAllah.

Jadi, #janganputusasamalaysia #juststayathome

Kredit Foto : Harian Metro, BERNAMA