Mudah jer cuci karpet di rumah

Mudah jer cuci karpet di rumah
April 14, 2020
Faizul Hakimi

Karpet menjadi pilihan untuk menghiasi rumah supaya nampak cantik selain sebagai alas lantai untuk keselesaan.

Tapi nak membersihkan karpet yang kotor bukanlah sesuatu yang mudah. Karpet yang tidak dijaga atau dibersihkan boleh menyebabkan habuk terperangkap dan akhirnya kotoran itu mengundang bakteria dan hama.

Tapi, ada cara yang mudah untuk membantu anda menghilangkan kotoran itu.

1.Tekap dulu.

Caranya:

  • Ambil kain bersih dan tekap kawasan air tumpah tadi separuh kering.
  • Campurkan dua bahagian pencuci fabrik yang tiada peluntur dengan dua bahagian air.
  • Kacau rata dan letakkan campuran pada bahagian air yang telah tumpah.
  • Tutup kotoran dengan sehelai baju t-shirt dan iron sampai air cucian tadi hampir kering.

2.Serbuk penaik/ baking soda

Caranya:

  • Taburkan serbuk di sekitar karpet.
  • Biarkan serbuk sekurang-kurangnya 30 minit, tetapi lebih baik kalau biarkan semalaman, ini kerana ia dapat membersihkan kotoran dan menghilangkan bau.
  • Vakum serbuk itu dan siap.

3.Lint roller

Shag rug atau karpet yang berbulu ini memang suka memerangkap habuk. Lagi tebal shag rug anda, lebih banyak habuk yang terperangkap. Vakum sahaja tidak mencukupi.

Caranya:

  • Gunakan lint roller pada keseluruhan permukaan karpet.
  • Kemudian lipat dua dan vakum bahagian bawah karpet.

4.Ais batu

Apa fungsi ais batu boleh membantu untuk membersihkan karpet anda? Jika gula-gula getah terlekat di karpet, anda hanya perlu gunakan ketulan ais dan gosokkan di bahagian tersebut selama lebih kurang 5 ke 10 minit sehingga gula-gula getah itu menjadi keras. Selepas itu, anda boleh menanggalkan gula-gula getah dengan mudah.

5.Krim cukur

Penyelesaian yang mudah dan murah untuk menghilangkan kesan kotoran di karpet adalah dengan menggunakan krim cukur.

Caranya:

  • Sembur kotoran dengan krim pencukur dan biarkan selama 30 minit.
  • Kemudian, lap menggunakan kain yang bersih.

Cara ini sesuai untuk membersihkan pelbagai kotoran.

Sebaiknya, cuci karpet di rumah anda setahun sekali (bergantung kepada kekotoran/bilangan orang dalam rumah) supaya karpet dapat tahan dengan lebih lama.

PENULIS: NURUL ADRIANA
FOTO: UNSPLASH

About Faizul Hakimi