MUSIM tengkujuh seringkali menjadi penyebab kepada berlakunya bencana banjir yang akhir-akhir ini menyebabkan kemusnahan dan impak teruk.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Kementerian Alam Sekitar Dan Air menasihatkan orang ramai agar berhati-hati permulaan Monsun Timur Laut 2022/2023.

Baca juga:  Jangan terlalu yakin memandu redah banjir, anda mungkin rugi ribuan ringgit

Berikut 10 info penting berkaitan:

1-Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh di Malaysia akan bermula lebih awal daripada yang dijangka iaitu pada 7 November 2022 dan berterusan sehingga Mac 2023.

2-Empat hingga enam episod luruan monsun yang membawa hujan lebat berterusan berpotensi berlaku sepanjang tempoh ini.

3-Seperti musim-musim yang lalu, hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan-kawasan berkedudukan rendah dan berhampiran sungai.

4-Sekiranya hujan lebat berterusan berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar, risiko kejadian banjir boleh meningkat.

Kredit foto: Pixabay

5-Kejadian air pasang besar dijangka berlaku dalam tempoh berikut:
• 6 hingga 11 dan 22 hingga 27 November 2022
• 7 hingga 12 dan 22 hingga 26 Disember 2022
• 6 hingga 10 dan 21 hingga 25 Januari 2023

6-Semasa MTL, tiupan angin Timur Laut secara berterusan dan kencang juga boleh menyebabkan laut bergelora serta ombak besar di perairan Laut China Selatan.

7-Orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh serta sentiasa peka dengan maklumat, nasihat dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

8-Orang ramai boleh mendapatkannya melalui medium sebaran rasmi iaitu laman web www.metgov.my, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial MET Malaysia (Facebook, Twitter dan Instagram). Talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut.

Oleh itu, SinarPlus kongsikan langkah-langkah persediaan menghadapi musim banjir.

Baca juga: 6 tip penunggang motosikal semasa hujan elak kemalangan

Kredit foto: Pixabay

DI RUMAH

1-Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.
2-Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio, televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik Gerakan Banjir Negeri
3-atau Daerah yang berhampiran.
4-Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya.
5-Pastikan di mana Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.
6-Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya.
7-Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.

SEMASA BANJIR

1-Ketika mendapat tanda-tanda awal banjir.
2-Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.
3-Pindahkan perabot atau peralatan-peralatan lain ke tempat yang selamat.
4-Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama anda dalam bekas kalis air.
5-Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
6-Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.

SEMASA PEMINDAHAN

1.Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan.
2.Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat. Ikut laluan yang ditentukan, laluan dekat mungkin terhalang.

Iklan

DI DALAM KENDERAAN

1.Jangan terus mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.
2.Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah ke tempat yang selamat
3.Di dalam rumah

DI DALAM RUMAH

1.Dengar pengumuman daripada radio, televisyen atau pihak tertentu.
2.Bersedia dengan peralatan kecemasan.
3.Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.
4.Di luar rumah
5.Pergi ke tempat tinggi dan selamat.
6.Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh menghanyutkan anda.
7.Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki.
8.Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
9.Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.
10.Jangan minum air banjir.

SELEPAS BANJIR

1.Dengar pengumuman daripada radio atau tunggu arahan pihak berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.
2.Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak atau golongan istimewa).
3.Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mengkin tidak selamat.
4.Jangan terus memasuki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya yang tidak terduga dan tersembunyi.
5.Sentiasa berhati-hati dalam setiap keadaan.

Iklan

Baca juga: Waspada! Hujan batu boleh cederakan manusia, biasa turun 10-20 minit

Semoga bermanfaat.

Sumber: MetMalaysia

Kredit foto utama: Pixabay 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi