Nak balik kampung, melancong tunggu hujung tahun capai Fasa 4

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan Pelan Pemulihan Negara yang merupakan strategi peralihan keluar secara berfasa daripada kemelut pandemik Covid-19.

Kerajaan merangka pelan itu dengan membuat pertimbangan sebaik mungkin bagi memastikan setiap keputusan yang diambil adalah untuk melindungi nyawa dan memastikan kelangsungan hidup rakyat.

Strategi Pelan Pemulihan Negara tersebut merangkumi empat fasa dan akan melibatkan pelan peralihan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat.

Setiap fasa pelan pemulihan pula berpaksikan kepada data yang bersandarkan tiga indikator ambang utama untuk beralih dari satu fasa ke fasa seterusnya.

Indikator Pertama

  • Keadaan penularan Covid-19 dalam komuniti berdasarkan bilangan kes jangkitan harian.

Indikator Kedua

  • Keupayaan sistem kesihatan awam berdasarkan kadar penggunaan katil di wad unit rawatan rapi (ICU).

Indikator Ketiga

  • Tahap populasi dilindungi berdasarkan peratusan yang telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.
  • Iklan
    Iklan

Seterusnya, kerajaan akan menimbang peralihan daripada Fasa 1 kepada Fasa 2 PKP setelah:

  • Purata kes harian Covid-19 menurun di bawah 4,000 kes.
  • Sistem kesihatan awam tidak lagi berada di peringkat kritikal termasuk kadar penggunaan katil di ICU pulih ke paras sederhana.
  • 10 peratus populasi telah menerima dua dos suntikan vaksin.

Fasa 2 pula merupakan kesinambungan fasa pertama dengan aktiviti sosial dan kawalan pergerakan terus dikawal dengan ketat. Ia meliputi:

  • Aktiviti ekonomi akan dibuka secara berperingkat dengan membenarkan kapasiti pekerja hingga 80 peratus di premis.
  • Pendekatan senarai positif diteruskan yang mana hanya sektor tersenarai dibenarkan beroperasi manakala yang tidak masih ditutup.
  • Senarai positif daripada Fasa 1 juga diperluaskan semasa Fasa 2 dengan menambahkan beberapa sektor.
  • Aktiviti sosial dan rentas negeri masih tidak dibenarkan.

Kerajaan akan beralih kepada Fasa 3 sekiranya berjaya mencapai nilai ambang (threshold) berikut:

  • Purata kes harian Covid-19 menurun ke paras bawah 2,000 kes.
  • Sistem kesihatan awam berada tahap selesa dengan penurunan kadar penggunaan katil di ICU ke paras mencukupi.
  • Sebanyak 40 peratus populasi negara ini telah menerima dua dos suntikan vaksin.

Nilai ambang itu dijangka dapat dicapai paling awal pada akhir bulan Ogos 2021.

Semasa Fasa 3 semua sektor ekonomi akan dibenarkan beroperasi kecuali aktiviti tersenarai dalam senarai negatif antaranya yang berisiko tinggi menyebabkan jangkitan Covid-19 atau melibatkan keramaian.

Sektor ekonomi akan kekal dibenarkan beroperasi pada kapasiti 80 peratus seperti Fasa 2 dan aktiviti sosial termasuk pendidikan dan sukan tertentu dibuka secara berperingkat.

Sidang Parlimen pula boleh diadakan sekitar bulan September atau Oktober depan mengikut SOP yang ketat.

Selepas itu kerajaan dapat beralih kepada Fasa 4 sekiranya berjaya mencapai nilai ambang seperti berikut:

  • Purata kes harian Covid-19 menurun ke paras bawah 500 kes.
  • Sistem kesihatan awam berada paras selamat termasuk kadar penggunaan katil di ICU di paras mencukupi.
  • Sebanyak 60 peratus populasi negara ini telah menerima dua dos suntikan vaksin.

Berdasarkan unjuran pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, peralihan dijangka dapat dilaksanakan seawal akhir bulan Oktober 2021.

Baca juga Boleh jadi syirik, tahayul terlalu obses tonton cerita hantu. Ini penjelasannya…

Fasa 4 adalah fasa terakhir Pelan Pemulihan Negara yang mana kita berpeluang kembali menikmati semula ‘kehidupan’ yang dirindui seperti:

  • Semua sektor ekonomi akan dibuka, lebih banyak aktiviti sosial akan dibenarkan, perjalanan rentas negeri dibolehkan dan pelancongan domestik juga akan dibuka tertakluk kepada SOP yang ketat.
  • Ia dapat dilaksanakan apabila bilangan kes Covid-19 adalah rendah, sistem kesihatan awam tahap selamat dan program vaksinasi telah mencapai tahap imuniti berkelompok selewatnya pada akhir tahun ini.

Justeru, kita terus mematuhi SOP ditetapkan bagi memutuskan rantaian Covid-19. #staysafe #kitajagakita

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

Awas! Perkhidmatan BJAK tiada kelulusan JPJ, 10 info perlu tahu

PERNAH menggunakan perkhidmatan Tindakan BJAK Sdn Bhd (BJAK)? Tahukah anda bahawa perkhidmatan urus niaga pembaharuan…

4 hours ago

Bella Astilah bawa anak-anak melawat Zoo Negara, gelagat Ara & Ayden asyik panggil mummy bikin sebak.’ Momen paling indah…’

KESIBUKAN dengan urusan kerjaya tidak membataskan Bella Astilah untuk memberi tumpuan kepada anak-anaknya. Sementelah permata…

5 hours ago

Penyanyi era 70-an, Hail Amir meninggal dunia pada usia 76 tahun

PENYANYI dan pelakon popular era 1970-an, Datuk Abdul Hail Amir, 76, dilaporkan meninggal dunia pada…

5 hours ago

‘Awak nak teman, ‘instant family’ silakan… bukan bab anak’. Yasmin Hani pilih pasangan kewangan stabil bina keluarga

KEWANGAN stabil, menerima diri serta anak-anak merupakan kriteria utama pelakon dan pengacara, Yasmin Hani memilih…

6 hours ago

‘Dia my bestie, tak jemu beri semangat…’ Sambut anniversary ke-19, Aidid Marcello kongsi pengorbanan Norzie Pak Wan Chek

'DIA my bestie, tempat meluahkan macam-macam. Orang yang tidak pernah jemu beri semangat. Penasihat yang…

7 hours ago

Kenal tak sampai setahun terus dilamar, Afifah sifatkan Syed Hariz tak buang masa. ‘Terima kasih cipta kisah cinta yang indah’

SELAMAT pengantin baharu diucapkan buat pelakon Afifah Nasir yang kini bergelar suri hati kepada kepada…

11 hours ago