Patutlah ramai makan ikan tongkol alah gatal-gatal, ini petua mudah siang buang bisa

Patutlah ramai makan ikan tongkol alah gatal-gatal, ini petua mudah siang buang bisa

IKAN tongkol atau kayu memang ramai yang suka. Tulangnya yang besar dan senang nampak membuatkan isinya senang dimakan.

Namun ramai juga yang alah pada ikan itu, selepas makan kulit jadi gatal-gatal.

Memang sejak dulu, orang-orang tua kita mengatakan ikan ini ada bisa.

Jika nak makan juga kena buang bisanya terlebih dahulu. Mungkin sekarang tak ramai yang tahu tentang petua ini.

Iklan
Iklan

Baca juga Petua elak nasi ditanak selalu basi, sental periuk guna 2 bahan & jerang atas api

Oleh itu, wanita dikenali Asmimy ada berkongsi cara yang digunakan oleh orang dulu-dulu untuk membuang bisa ikan tongkol.

Kongsinya, petua tersebut daripada arwah nenek. Ada setengah ikan isinya bisa untuk sesetengah orang yang makan. Kadang-kadang boleh sebabkan kegatalan pada badan.

“Selalu kalau siang ikan tongkol/kayu/aya saja saya buat begini, sama ada ikan tongkol dan cencaru. Betul atau tak petua ni wallahhua’lam,” ujarnya.

Cara-caranya;

1. Pegang hujung ekor ikan dan pusing ikut arah jam.

 

2. Kemudian tarik hujung ekor, isi bisanya akan tertarik keluar sekali.

3. Inilah bisa ikan yang dikatakan itu.

Sementara itu, menjengah ruangan komen pada posting wanita berkenaan, ramai yang berkongsi membuat cara yang sama untuk membuang bisa ikan itu.

Ada yang mengatakan membuang bisa dengan kaedah begitu sememangnya tiada lagi mengalami kegatalan selepas makan.

Baca juga Petua rebus telur beratus biji elak retak, simple & mudah sangat, hanya guna satu barang

Ada juga di kalangan mereka yang tidak pernah tahu mengenai petua itu dan akui alah jika makan ikan berkenaan.

Teknik yang sama juga boleh dilakukan kepada ikan cencaru.

Jadi, bagi yang percaya boleh lakukan langkah tersebut sebaliknya terpulang pada diri sendiri.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Asmimy Abu Bakar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

Hati-hati! Kes naik hampir 2 kali ganda, gelombang baru Covid-19 Singapura, 15 info perlu tahu

GELOMBANG baharu wabak koronavirus (Covid-19) dilaporkan di Singapura membimbangkan apatah lagi apabila ia membabitkan lonjakan…

1 hour ago

‘Jangan simpati, zahirkan kebencian apa yang dilakukan.’ Kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dijarakkan, ini sebabnya

PENGEBUMIAN suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram, Johor tular susulan dikuburkan jauh liang lahad penghuni…

2 hours ago

‘Tak boleh kawal, apa mak masak itu kita makan.’ Siti Nurhaliza kongsi tip pemakanan Aafiyah, Afwa

KESIBUKAN dengan aktiviti kerjaya tidak membataskan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk mengambil berat…

3 hours ago

‘Ya ALLAH kurniakan syifa-MU.’ Tubuh susut & pucat, masalah kesihatan Fatimah The Family UK jadi tanda tanya

FATIMAH Omar Mukhlis, 10, kanak-kanak petah yang popular di laman sosial. Dilahirkan di Birmingham, United…

4 hours ago

‘Tengok-tengok sampai kain putih saja macam mana…’ Adik sayu kata-kata Sarjan Faridah jadi kenyataan, anak OKU kehilangan ibu

PEMERGIAN Pegawai Tidak Tauliah Kanan dari Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) bagi Pasukan Interim Pertubuhan…

7 hours ago

Dunia lagak ngeri pembuka rezeki Trisha Ooi, pegang amanat arwah ayah & azam mahu terbang lebih jauh

SUDAH menjadi trend industri seni tanah air, rezeki populariti artis baharu mudah mencanak naik apabila…

9 hours ago