LANJUTAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan kerajaan baru-baru ini, jelas dimanfaatkan pemain tengah UiTM FC, Shahrul Igwan Samsudin untuk mencari pendapatan sampingan dengan membantu abangnya menjual Cornflakes Telur Masin.

Pemain berusia 26 tahun itu berkata, perniagaan dimulakan abangnya, Shahrul Erwan sejak lima bulan lepas semakin mendapat permintaan, sekali gus menjadi peluang terbaik untuk dirinya mencari sedikit wang poket bagi membantu menambah pendapatan selepas saingan Liga Malaysia (Liga-M) ditangguhkan akibat penularan pandemik Covid-19.

“Perniagaan abang ini masih baru dan saya juga sebelum ini banyak tolong dia apabila ada masa terluang sebab kena fokus dengan pasukan.

“Tetapi sekarang apabila ada kawalan pergerakan, memang banyak masa terluang dan saya memang iklankan di media sosial sahaja memandangkan ramai yang habiskan masa di rumah melayari internet,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), hari ini.

Pemain bola jual Conflakes Telur Masin tambah pendapatan

Shahrul Igwan mengakui beliau turut terkesan dengan penangguhan Liga-M, namun menyifatkan PKP adalah platform terbaik untuk menjana pendapatan sampingan.

Iklan

Pada masa sama, beliau turut menasihatkan agar pelajar universiti yang diarahkan untuk kekal berada di kampus supaya terus kuat untuk menempuh hari-hari mendatang demi keselamatan diri masing-masing.

Iklan

“Untuk pelajar khususnya pelajar UiTM yang berada di kampus, sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi dan ikut garis panduan ditetapkan oleh pihak universiti dan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia),” katanya.

Apa-apa pun #juststayathome #janganputusasamalaysia