Penuh sampah, pengunjung, ‘port’ cantik bergambar dengan kapal terbang ditutup

BARU-BARU ini tular di media sosial satu port cantik untuk dikunjungi dan bergambar berdekatan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Port tersebut dikatakan penuh dengan kehadiran pengunjung lebih-lebih lagi pada hujung minggu.

Mana tidaknya, ramai yang tidak mahu terlepas peluang untuk bergambar bersama kapal terbang yang mahu mendarat dengan jarak sangat dekat.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Foto Twitter Malaysia Airports

Namun setelah tempat cantik itu dibanjiri orang ramai, tular pula video kawasan itu kini ditutup oleh pihak pengurusan Malaysia Airports.

Iklan
Iklan

Menurut perkongsian pengguna Facebook Are Peace, kawasan tersebut ditutup atas faktor keselamatan dan juga lambakan sampah yang ditinggalkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, hanya kawasan yang menjadi tumpuan ramai itu ditutup dan jalan utama di kawasan itu masih dibuka.

Akan tetapi, viewing deck di situ masih dibuka dan korang yang mahu melihat kapal terbang boleh ke sana kerana tempat lebih selamat.

“Tempat yang tutup tu adalah tempat viral seperti dalam video itu sahaja… Kalau siapa yang pernah pergi akan tahu sebab dekat area situ ada dua, tiga tmpat yang jadi tumpuan orang ramai jadi tempat yang di dalam video saya sahaja yang ditutup,” ujarnya.

Foto Internet

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-ratanya yang belum sempat berkunjung berasa sedih dek penutupan tersebut.

Malah, ada warga maya menzahirkan rasa marah kepada pengunjung lokasi itu kerana membuang sampah merata-rata tempat.

Dalam pada itu juga ada yang bersetuju kawasan terbabit ditutup kerana ada pengunjung yang meletak kenderaan di bahu jalan yang merbahayakan pengguna jalan raya lain.

Ujar mereka;

“Datang bawak makanan, sampah letak merata. Ha ambikla… dah tutup dah.”

“Saya pergi sebelum viral. Memang best view tengok kapal terbang berlepas.”

Baca juga Lahir di Denmark, keeper KL City, Kevin Ray Mendoza Hansen jadi sebutan ramai

“Elok je dulu-dulu pergi situ ramai tak ada masalah pun. Dahla favorite spot nak tengok kapal terbang tu.”

“Viewing deck ada. Pi lajak depan lagi. Situ lagi selamat. InsyaAllah”

“Baru plan nak pergi, dah tutup pulak. Korang ni semua punca betullah!”

Itulah, sepatutnya kita sama-sama jaga kebersihan walau di mana pun berada.

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

Pelakon Uqasha Senrose selamat timang bayi perempuan, pilih nama Uqaira untuk anak sulung

PELAKON Uqasha Senrose selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan di ibu negara…

4 hours ago

Tahniah! Anak Rita Rudaini top 10 batch, raih keputusan cemerlang di MRSM. ‘3.99 ini hadiah untuk birthday Mommy’

TAHNIAH diucapkan buat anak sulung Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin yang mencuri perhatian ramai apabila…

22 hours ago

Tahniah! Intan Ladyana bersalin anak kedua, Harris junior selamat dilahirkan

TAHNIAH diucapkan kepada Intan Ladyana dan Harris Alif selamat menyambut anak keduanya di sebuah pusat…

1 day ago

‘Mama pergi mana?’ Pertanyaan anak mangsa nahas TLDM, Joanna Felicia saat pengebumian meruntun hati

'MAMA pergi mana?" Demikian kata-kata anak sulung mendiang Joanna Felicia Rohna, Allesia Felice Haslie yang…

1 day ago

Penyatuan jiwa di khemah kecil, pengantin baharu dalam konflik Isr4el-P4lestin jadi perhatian. ‘Saya mahu rumah, peperangan musnahkan impian’

KEMATIAN dan kemusnahan, pergolakan antara Isr4el-P4lestin sejak Oktober lalu tidak menghentikan harapan baru. Malah janji…

1 day ago

Otai masih berbisa, Datin Sofia Jane Rangkul Anugerah Pelakon Wanita Terbaik, tetap cantik & awet muda di usia 52 tahun

DATIN Sofia Jane membuktikan usia bukan penghalang untuk melakar kejayaan manis dalam karier hidupnya. Memasuki…

1 day ago