MEMBERSIHKAN tingkap di rumah adalah merupakan satu benda yang remeh, ada yang takut nanti cermin calar sekiranya dicuci terlalu kasar, ada yang menjadi bertompok dan sebagainya. Adakah anda ingin tingkap rumah anda bersih dan berkilat?

Jika mengelap dengan menggunakan air sahaja tidak mencukupi untuk menjadikan tingkap anda berkilat. Jadi anda boleh ikut petua ini.

Bahan-bahan:

  • Botol spray
  • Cuka

Cara penyediaan:

Letak air di dalam botol spray dan tambahkan cuka sedikit kemudian goncang botol supaya air tadi sebati dengan cuka.

Cara kegunaan:

1.Lap tingkap anda dengan menggunakan kain bersih
2.Kemudian spray dengan air cuka tadi
3.Lap dengan kain basah
4.Akhir sekali, lap dengan kain bersih kembali untuk mengelap lebihan air yang meleleh di tingkap

Iklan

Mudahkan? Boleh tonton video untuk anda lebih faham.

Selamat mencuba!

Iklan

Penulis: Fatin Syazwani Mohammed Hanif