PKP: Tip potong rumput sendiri di rumah

tip potong rumput
April 14, 2020
Oleh Izyan Liyana

SEPANJANG Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, apa kata kita buat kerja yang jarang dibuat. Contohnya memotong rumput di rumah. Jika selama ini, upah orang tapi kali ini bolehlah buat sendiri.

Sinar Plus berkongsi tip potong rumput untuk memudahkan dan membantu anda.

1. Guna sabit, parang atau cangkul
 
Alatan seperti ini memang memudahkan kerja memotong rumput, gunakan sabit yang mempunyai pemegang panjang seperti cangkul jadi lebih mudah untuk membuat libasan.

Boleh beli di kedai DIY atau peralatan ‘hardware’. Tapi, kalau dah berlalang sangat, guna kayu pun boleh. Libas-libaskan pada rumput tebal dan selepas itu kena rajin sedikitlah mencabut.

2. Jangan potong rumput selepas hujan

Selepas hujan, rumput-rumput akan berasa licin dan liat sedikit untuk dipotong. Kalau ditebas, kenalah beberapa kali baru menjadi. Disarankan untuk memotong rumput pada hari yang panas terik adalah lebih baik.

Iklan

3. Petua garam halus

Menaburkan garam halus untuk meningkatkan asiditi tanah lalu membuatkan rumput menjadi tidak subur dan mati perlahan-lahan. Selain membuatkan rumput lambat tumbuh, ada juga yang melakukannya untuk mengelak ular dan serangga berbisa daripada bersarang di kawasan rumah kita. Apabila selesai memotong rumput, anda juga boleh menutupnya dengan suratkhabar atau memijak-mijak sedikit rumput tersebut agar rumput tumbuh lambat sedikit.

Iklan

4. Guna mesin pemotong rumput

Sekiranya anda nak potong rumput menggunakan mesin, ini harus anda tahu. Terdapat 3 kategori mesin rumput yang boleh didapati di pasaran. Dari segi sumbernya, ada yang manual, menggunakan minyak petrol, atau jenis elektrik. Kini, terdapat pelbagai jenis pilihan yang boleh anda dapatkan mengikut keselesaan anda.

5. Meracun

Kalau anda malas sangat atau tidak ada masa untuk memotong rumput, anda juga boleh memilih untuk membunuh rumput dengan kaedah meracun. Anda boleh mengunakan racun rumpai yang boleh didapati di kedai hardware.

Penulis: Fatin Syazwani Mohammed Hanif