Polis Putrajaya akan mula saman cyclist, denda RM2,000 berkuatkuasa 9 Januari

SUDAH tiba masanya kerajaan serius mengkaji isu kemalangan membabitkan penunggang basikal di jalan raya, bagi mencari penyelesaian dan jalan keluar bagi menangani isu yang semakin muak untuk dibahas orang ramai.

Oleh demikian, bermula 9 Januari, polis Putrajaya akan mengambil tindakan terhadap penunggang basikal yang gagal mematuhi ciri-ciri keselamatan termasuk pemasangan loceng, lampu dan brek.

Memetik laporan portal media tempatan, Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali berkata, individu yang didapati bersalah akan dirujuk ke mahkamah dan boleh dikenakan denda maksimum RM2,000.

Penguatkuasaan itu dibuat untuk memastikan keselamatan penunggang basikal di Putrajaya yang semakin menjadi tumpuan dengan anggaran 1,000 orang berbasikal pada hari minggu.

Iklan
Iklan

Jika korang masih berdegil dan gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan, korang boleh dihukum mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Tindakan juga boleh diambil mengikut Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu, Seksyen 79(2) akta sama kerana gagal mematuhi papan tanda lalu lintas dan Seksyen 112(3) akta sama kerana melakukan mana-mana kesalahan berbasikal.

Tak salah untuk melalukan aktiviti menunggang basikal pada hujung minggu, tetapi undang-undang keselamatan jalan raya tidak boleh dibelakangkan.

Walaupun ramai penunggang memilih berbasikal pada hujung minggu kerana kurang kenderaan, risiko tetap menanti dan kesannya tetap sama.

Penunggang basikal juga boleh diambil tindakan mengikut Kaedah 35 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959 kerana tidak memasang lampu pada basikal dan Kaedah-Kaedah 42 kerana tiada ciri keselamatan seperti brek dan loceng iaitu hukuman tersebut tidak boleh dikompaun (NC).

Statistik kemalangan jalan raya melibatkan basikal di Putrajaya merekodkan enam kes pada 2019 dan kesemua mereka mengalami cedera ringan, manakala 11 kes direkodkan tahun lepas dengan satu kes maut.

Beliau berkata penunggang basikal harus mengambil serius terhadap ciri-ciri keselamatan bagi membolehkan pengguna jalan raya yang lain peka dengan kehadiran mereka.

“Pihak polis ingin menegaskan aktiviti berbasikal pada waktu dan tempat yang sesuai adalah sangat penting bagi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya,” katanya.

Operasi Khas Basikal yang dilaksanakan bermula 1 hingga 3 Januari bertujuan menasihati dan mengingatkan penunggang basikal tentang penguatkuasaan yang akan bermula pada 9 Januari.

Penguatkuasaan itu dilaksanakan di Putrajaya ekoran seorang penunggang basikal wanita maut dalam kejadian kemalangan membabitkan sebuah lori di Jambatan Putrajaya yang juga laluan ke Presint 8, Presint 9 dan Presint 10 pada 19 Disember lepas.

Selain risiko kemalangan, berbasikal di jalan raya juga mendedahkan kita dengan bahaya gas toksik dan habuk yang berisiko menjejaskan penglihatan serta kesihatan.

Keadaan itu sekali gus menjejaskan objektif utama berbasikal iaitu untuk menjaga kesihatan.

Tidak salah rasanya jika kita berbasikal bukan di jalan utama atau lebuh raya, sebaliknya di kawasan selamat seperti di taman rekreasi yang jauh lebih selamat.

 

 

 

Share
Meen

Biodata Penulis

Published by
Meen

Recent Posts

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

52 mins ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

3 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

5 hours ago

‘Kasih sayang mertua menantu yang istimewa. Sebak tengok!’ Puteri Sarah rai hari jadi Datuk Yusof bikin ramai terharu

TERSENTUH hati melihat kemesraan antara bekas menantu dan mentua iaitu Puteri Sarah Liyana dan Datuk…

5 hours ago

Puteri sulung genap 12 tahun, 23 pesanan Fedtri Yahya untuk Indah Sutera Jannah undang sebak

PEJAM celik, pantasnya masa berlalu. Siapa sangka anak sulung pengacara tersohor Ahmad Fedtri Yahya, Indah…

6 hours ago