“Industri pawagam tempatan dah hampir ke penghujungnya, kami tidak mampu untuk bertahan lagi. Mungkin kami akan…”

Begitulah luahan pengusaha panggung wayang hari ini seperti apa yang diciap oleh @TGVCinemas di Twitter mendakwa terkesan akibat pandemik Covid-19 yang memaksa mereka untuk menutup sementara operasi.

Mereka juga menggesa kerajaan supaya membenarkan pawagam dibuka semula dengan menggunakan tanda pagar #reopencinemas di media sosial seperti Twitter, Instagram dan juga Facebook.

Hasil tinjauan SinarPlus, pengusaha pawagam seperti GSC, TGV dan MBO kini menggunakan tanda pagar dalam hampir semua posting mereka di media sosial.

Mereka juga menyusul rayuan Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) kepada kerajaan untuk membenarkan pembukaan semula pawagam, sejak ia ditutup Januari lalu akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tahun lalu, ia ditutup selama sebulan dan dibuka semula sehingga persatuan itu mengumumkan penutupan mulai November lalu sehingga ke hari ini.

PKPP: Dah boleh tengok wayang tanpa gangguan kerusi ditendang!MAFE menerusi satu kenyataan mereka juga menekankan pawagam masih tidak dibenarkan beroperasi, ketika perkhidmatan lain seperti spa, gim dan kasino kini sudah mula dibuka semula.

Sejak perlaksanaan PKP pada Mac tahun lalu, pawagam di Malaysia hanya beroperasi dalam jangka masa yang singkat sepanjang satu tahun.

Negara jiran seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Korea serta Jepun, panggung wayang mereka  dibenarkan beroperasi sepenuhnya.

Termasuk juga di India yang baru saja membuka pawagamnya pada Isnin lalu, turut melakukannya pada kapasiti 100 peratus.

MAFE juga telah membuat beberapa rayuan untuk meminta bantuan kepada pihak kerajaan. Ia berharap kerajaan akan mengecualikan atau mengurangkan cukai hiburan dengan mempertimbangkan keadaan semasa.

Iklan

MAFE berkata, penutupan pawagam juga menyebabkan pengusaha kehilangan sehingga 90 peratus pendapatan tahun ke tahun dan kerugian lebih setengah bilion ringgit pada tahun lalu saja.

SETELAH Malaysia membenarkan pawagam seperti Golden Screen Cinemas (GSC) dan Tanjung Golden Village (TGV) kembali beroperasi selepas musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai peminat filem negara yang tak sabar untuk ke pawagam.Situasi itu juga sekali gus menyebabkan ramai yang mula kehilangan pekerjaan, lebih 25 peratus pawagam ditutup selama-lamanya dan pengecilan operasi yang ketara untuk semua pengusaha.

“Situasi hari ini bukan hanya krisis bagi industri pawagam malahan ia kini berkembang menjadi bencana kewangan yang mungkin menjejaskan ribuan pekerjaan dalam skala yang besar.

“Ini termasuklah organisasi kecil dalam sektor pembuatan, logistik, pembersihan, peruncitan, makanan dan minuman,” menurut kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, pengusaha pawagam juga tercicir daripada menerima bantuan yang disalurkan kepada industri kreatif.

Iklan

Sehingga kini, pengusaha pawagam belum mendapat manfaat daripada pakej kewangan atau rangsangan lain berjumlah RM325 juta yang diperuntukkan untuk industri kreatif oleh kerajaan.

Walaupun pengusaha pawagam mematuhi peraturan ketat Covid-19 dan melaksanakan langkah untuk memastikan keselamatan panggung serta pelanggan, mereka masih tidak dibenarkan beroperasi.

MAFE mendesak kerajaan untuk mempertimbangkan pembukaan semula pawagam supaya mereka mampu untuk bertahan sepanjang pandemik Covid-19 ini melanda dunia.