YAYASAN Warisan Ummah Ikhlas bersama JAKIM, TV Al Hijrah, Sinar Harian,  Ideaktiv dan Majlis Dakwah Negara, mengajak rakyat Malaysia untuk terus bersama di dalam gerakan membina rakyat dengan sistem nilai dari Al-Quran sehingga terbina karakter ummah yang ikhlas di dalam perilaku dan tindak tanduk rakyat di negara ini.

Wakaf al-Quran Al Mu’jam dan agihan sedang berlangsung di semua sekitar 200 lokasi terpilih dari lebih 2500 hospital, pusat kesihatan dan kuarantin di seluruh negara.

Agihan infak al-Quran 2500 naskhah kepada polis, tentera dan petugas barisan hadapan yang lain juga sedang dilakukan khusus untuk Wilayah Persekutuan dan Selangor.

Projek Wakaf Ummah Fasa 2

Bagi Projek wakaf siri kedua pula menyasarkan 40,000 naskhah al-Quran untuk diwakafkan dan diagihkan ke 400 lokasi.

Projek wakaf siri kedua ini dijangka tamat sehingga bulan Syawal nanti.

Terdapat dua jenis al-Quran yang boleh diwakafkan di bawah fasa ini bagi tujuan mengaktifkan #QuranCorner atau mengisi Troli Ibadah di wad-wad dan lokasi terpilih di seluruh negara, iaitu al- Quran Multazam bil Hadis atau Al-Haramain masing-masing dengan harga RM40 senaskah.

Al-Quran ini dipilih kerana terdapat terjemahan serta tajwid berwarna untuk membantu petugas dan orang ramai berinteraksi dengan Al-Quran, membacanya dengan baik dan memahami isi dari Al-Quran serta mengamalkannya dalam kehidupan.

Gerakan MengQurankan Bangsa, MengIkhlaskan Ummah

Gerakan Al-Quran ini telah bermula sejak tujuh tahun lalu melalui upaya berinteraksi dengan Al-Quran.

Iklan

Selain itu, gerakan ini juga tercetus dari pengajian Al-Quran percuma di Rumah Ngaji, kempen Malaysia & World #QuranHour  yang telah mendapat 1.46 bilion capaian di media sosial dan Sahabah Quran sebagai agen perubah dalam keluarga, organisasi, masyarakat dan negara.

Dalam berhadapan dengan cabaran  dan waktu-waktu sulit saat ini dan ketidaktentuan di hadapan, kita sebagai satu ummah akan tetap saling menjaga dan berpegang kepada al-Quran sebagai tali utuh yang mengikat rakyat negara ini bersama.

Kita bina kebiasaan baru untuk hidup bersama al-Quran.

Iklan

Semoga Ramadan tahun ini menjadi momentum besar untuk kita gemakan al-Quran di mana sahaja supaya negara ini dicucuri Rahmat oleh Allah SWT, Biidznillah.

Kepada anda yang ingin berwakaf Quran untuk Ummah ini juga boleh dibuat  melalui: Yayasan Warisan Ummah Ikhlas akaun Maybank 5642 7651 6031 dan caranya adalah seperti berikut :

  • Al-Quran Multazam bil Hadis ATAU  Al- Haramain RM40 senaskhah
  • Niatkan wakaf untuk diri sendiri, ibu ayah dan orang tersayang yang masih ada atau  telah meninggal dunia
  • Rujukan:  Wakaf Quran