Sedapnya, ibu perlu tahu 7 sebab kenapa perlu beri anak air kelapa setiap minggu

SEDAPNYA air kelapa terutama ketika cuaca panas. Selain manis semula jadi dan menghilangkan dahaga, tahukah ibu-ibu bahawa air kelapa sarat dengan nutrien untuk si kecil?

Memang nyaman jika dapat minum air kelapa selalu, terutama jika panas terik. Sejuk menyegarkan. Tidak hanya kepada individu dewasa, air kelapa atau nama saintifiknya Cocos nucifera juga bermanfaat kepada kanak-kanak.

Baca juga: Tip pilih kelapa muda banyak air dan elok isinya

Baca juga: Guna minyak kelapa dara atasi sembelit, ruam pada bayi. Ini 4 lagi manfaat lain yang sangat berguna

Menurut Dr Mazliana Mazlan, air kelapa berupaya menyingkirkan toksin daripada tubuh kanak-kanak.

“Sebab tu kita kena bagi anak minum air kelapa segar paling kurang seminggu sekali.

Iklan
Iklan

“Terlalu banyak khasiat air kelapa buat anak-anak. Air buah yang asli dan tinggi sangat nutrisi buat anak-anak,” titipnya yang turut menyenaraikan kandungan mineral dan nutrien dalam air kelapa termasuklah;

  • Zat besi
  • Klorida
  • Potasium
  • Natrium
  • Fosforus
  • Magnesium
  • Asid laurik
  • Kalsium

Baca juga: Covid-19: Air kelapa muda mampu kurangkan keberkesanan vaksin? Ini penjelasan sahih ahli dietetik

Selain itu, Dr Mazliana berkongsi tujuh sebab air kelapa perlu diberikan kepada si kecil dan setiap minggu;

1. Menyihatkan kulit
-Air kelapa melembapkan kulit kanak-kanak. Ia mengandungi antibakteria, antiviral dan antimikrob yang bantu mengelakkan jangkitan kuman pada kulit.

2. Membantu penghadaman
– Air kelapa tinggi dengan fiber (serat) untuk sistem penghadaman yang lebih baik.

3. Hidrasi tubuh anak
– Air tenaga yang tinggi kandungan potasium dan sodium boleh mengelakkan dehidrasi kanak-kanak. Malah katanya sangat sesuai diberi semasa kanak-kanak tidak dan kurang selera makan.

4. Menguatkan tulang
– Air kepala tinggi kalsium seterusnya membantu tulang yang sihat dan kuat.

5. Melawan jangkitan kuman
– Bersifat antibakteria, antivirus dan antimikrob. Malah katanya air kelapa dulu dicari apabila anak mula nak demam.

6. Mengelakkan kecacingan
– Antara makanan semula jadi (natural food) yang paling bagus untuk rawat kecacingan pada kanak-kanak. Sarannya, ibu bapa perlu memberikan kanak-kanak secawan air kelapa setiap pagi.

7. Detoks badan anak
– Toksin mungkin datang daripada makanan proses, sabun yang digunakan atau persekitaran. Justeru katanya air kelapa perlu diminum, memang ‘tak boleh tinggal’.

Baca juga: Nasi dipanaskan semula risiko keracunan, ibu wajib tahu ni, doktor kongsi cara simpan

Ternyata banyak khasiat air kelapa bukan sahaja kepada orang dewasa, malah kanak-kanak. Malah katanya bukan airnya sahaja, semua hasil daripada kelapa tinggi khasiatnya.

Mazliana mengingatkan ibu bapa agar mengutamakan makanan dan minuman daripada sumber yang asli, bukan makanan berproses agar kesihatan si kecil terpelihara.

“Elakkan jus yang tinggi kandungan gula, perasa dan pewarna tiruan daripada anak-anak.

“Gantikan dengan air kelapa tinggi nutrisi untuk anak. Kita cuba sama-sama ya, banyakkan real food

dalam makan minum anak,” katanya.

Justeru, kata ibu jadikan air kelapa muda minuman buat keluarga kerana banyak manfaatnya untuk kesihatan.

Jika ingin membeli, pastikan air dari sumber yang asli (buah) dan bukan yang diawet ya!

Baca juga: Kulit udang jangan buang, rupanya tinggi khasiat, baik untuk tulang, gigi

Sumber: Dr Mazliana Mazlan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Share
Azma ML

Recent Posts

Hidap jantung berlubang sejak 2016, pelajar Tingkatan Dua maut merentas desa

MERENTAS desa salah satu agenda wajib di peringkat sekolah rendah mahupun menengah. Diadakan setahun sekali,…

3 hours ago

Kronologi beras, tepung, sardin dibuang di tapak pelupusan sampah hingga dikutip orang, 10 fakta sebenar perlu tahu, rupa-rupanya…

BARU-baru ini tular beberapa gambar serta video yang memaparkan sejumlah beras dan makanan mentah seperti…

4 hours ago

‘Comel dan handsome anak-anak, wife pun lawa.’ Potret keluarga Jamal Abdillah bikin ramai teruja

'Comel dan handsome anak-anak, wife pun lawa.' Potret keluarga Jamal Abdillah bikin ramai teruja SAMBUTAN…

5 hours ago

Tergamaknya! Asbab calar kereta, 3 beradik kematian ibu dihalau & dihina runtun hati warga maya

'TERGAMAKNYA buat kepada darah daging sendiri'! Demikian komen warga maya yang mengikuti video tular remaja…

6 hours ago

Dikejarkan ke hospital, Lana Nodin alami jangkitan usus. ‘Doakan saya cepat sembuh.’

BERITA pelakon dan usahawan Lana Nodin jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital menjadi kejutan kepada…

11 hours ago

Kitar semula botol terbuang hingga 95 peratus, ini cara kreatif selamatkan bumi

BUAT pertama kalinya di Malaysia, Bio-Home memperkenalkan Stesen Pengisian Semula Eco untuk mengitar semula botol…

12 hours ago