BERHEMAH dalam berbelanja. Itu antara nasihat dan pandangan ramai pihak tatkala mengetahui sambutan Ramadan dan pembukaan sekolah jatuh pada bulan sama tahun depan, 2023.

Salah seorang yang peka kepada hal itu ialah seorang wanita yang dikenali sebagai Nor Faizah.

Menerusi entri di laman Facebooknya, beliau sertakan kalendar 2023, sekali gus berkongsi peringatan bersama ibu bapa lain agar lebih buka mata.

Menerusi kapsyennya, Nor Faizah turut mengingatkan tukang jahit supaya menyusun jadual dalam menerima tempahan untuk baju sekolah dan juga baju raya agar tidak kelam kabut nanti.

“Puasa bulan Mac, naik sekolah pun dalam bulan yang sama. Jadi, tahun depan tukang jahit kena susun jadual baik-baik. Bukan tukang jahit sahaja, ibu ayah pun harus bijak berbelanja. Ini disebabkan dalam bulan Mac berturutan ada dua perbelanjaan besar.

“Susun jadual perbelanjaan bagi elok ya. Kalau boleh hujung tahun, sediakan siap-siap baju, kasut dan buku sekolah. Begitu juga dengan persediaan raya, terutama perbelanjaan untuk balik kampung, baju dan duit raya,” ujarnya.

Gambar sekadar hiasan

Baca ni: “Soalan ‘membunuh’ minat.” Tak mampu ajar anak darjah satu jawab soalan matematik, Ibu ini rasa mahu bakar ijazahnya!

BELAJAR DARIPADA KESILAPAN

Pada masa sama, Nor Faizah turut mengingatkan ibu bapa agar tidak culas membayar ketika mengambil baju yang siap dijahit.

“Jangan pula waktu ambil baju yang sudah siap, buat muka kasihan dan cakap mahu bayar kemudian. Kasihan kami yang penat-penat kerja tetapi tidak dapat gaji.

Iklan

“Tukang jahit juga kena belajar daripada kesilapan ya. Paling penting ikhlas ketika menjahit, jangan buat asal boleh sahaja. Jahitan macam budak baru belajar tetapi upah mahal tahap profesional, ” katanya lagi.

Gambar sekadar hiasan

Bila membaca ‘amaran’ awal Nor Faizah, ada betulnya.

Apa lagi, dari sekarang sebenarnya kita kena rancang bajet.

Iklan

Jangan bila sudah tiba waktu, buat-buat tak tahu, sedangkan kalendar sudah keluar awal.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan