‘Semua lepas.’ Tip travel Khairul Aming elak makanan dirampas di airport, buat cara ini kastam & imigresen pun happy

RAMAI yang memanfaatkan cuti panjang tahun baru untuk travel ke luar negara termasuk pempengaruh Khairul Aming.

Melancong ke luar negara tidak kira jauh atau dekat, persiapan amat penting sebelum memulakan perjalanan.

Pengasas Sambal Nyet itu nampaknya memilih New Zealand sebagai destinasi pertama 2024. Dalam perkongsiannya baru-baru ini, influencer itu berkongsi tip berkenaan menerusi Insta Story.

Ujarnya, jika ke New Zealand atau mana-mana negara yang mempunyai pemeriksaan kastam agak ketat, ada tip untuk mengelakkan bekalan makanan dibawa dirampas.

“Alhamdulillah barangan yang mereka bawa tak dirampas

“Barang-barang makanan yang aku bawa dari Malaysia semua lepas. Tak kena buang mahupun dirampas.

Iklan
Iklan

“Benda ini (senarai) ini sangat membantu. Nampak kat Facebook ramai yang buat, jadi aku follow jer benda yang sama.

Baca juga: 20kg turun dalam masa 12 bulan, kejayaan Khairul Aming inspirasi geng diet. Dah tak mengah, muat baju lama

Baca juga: Sedapnya tom yam ‘goong’ Khairul Aming, masam, pedas & creamy! Nak lagi power letak 1 bahan ini, lebih kick

“Ambil gambar, tulis nama produk, jenama, bahan-bahannya dan kuantiti,” katanya menunjukkan senarai gambar dan bahan makanan yang dicetak pada kertas bersaiz A4.

Dalam pada itu, beliau menzahirkan syukur kerana semua makanan yang dibawanya selamat.

“Tadi pegawai imigresen dan kastam sangat happy dan berterima kasih. Buat list begini senang.

“Tiada satu pun makanan kena rampas, Alhamdulillah,” kongsinya yang menunjukkan senarai rempah-ratus yang dibawa termasuk serbuk kunyit, perencah sup, pes ikan bakar dan serbuk nasi goreng.

Baca juga: ‘Macam tu je sale dia naik.’ Penangan Khairul Aming, gerai cendol sold out tak sampai 24 jam

BAca juga: Gara-gara resipi burger ala prosperity Khairul Aming, daging oblong Ramly laku keras, sold out di kedai

Perkongsian bermanfaat tersebut dimuat naik semula pengguna laman sosial X, Arif E.

Hantaran berkenaan menjadi perhatian warga maya. rata-rata turut berkongsi beberapa tip dan info berkaitan yang memudahkan ketika melancong ke luar negara.

– “New Zealand dan Australia antara negara yg strict about outside food. Masa ke sana tahun 2017 saya pun buat the same list. Mudahkan kerja kastam, so senang kita lepas.”

– “Lama dah kita buat ni. Ke New Zealand pada 2017 dan Korea Selatan pada 2019. We did the same thing. Even ubat pun kene declare macam panadol or paracetamol. Strict country, kita kena follow the rules.”

– “Ya, saya pun buat macam ni dulu. Senang authority sana nak check. Cuma rendang kena buang sebab homecooked. Kalau ada label macam untuk jualan, insya-ALLAH boleh.”

Sumber: Instagram Khairul Aming, X Arif E

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang! 

Share
Azma ML

Recent Posts

‘Kita sayang, tapi ALLAH lebih menyayanginya.’ Ibu dedah Konstabel Muhamad Syafiq anak yang patuh, tangguh hasrat kahwin

BERITA serangan individu bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram, Johor menggemparkan negara. Kejadian yang dikaitkan…

2 hours ago

‘Bertahan mummy…’ Mohon maaf kepada ibu, Fatiya Latiff dedah derita skizofrenia

PELAKON yang dikaitkan dengan kontroversi akhir-akhir ini, Fatiya Latiff mendedahkan dirinya menderita penyakit mental skizofrenia.…

5 hours ago

Tragis! Didakwa cinta tak berbalas, kisah benar gadis diperkosa dan maut kini difilemkan

KEMATIAN tragis seorang remaja wanita di Indonesia dianiaya 11 lelaki apabila diperkosa dan dibunuh kejam.…

6 hours ago

4 tragedi berdarah, serangan pengganas ke atas balai polis yang pernah menggemparkan negara

SERANGAN ke atas Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi ini meruntun hati menyaksikan dua…

7 hours ago

Tragis! Individu bertopeng ceroboh Balai Polis Ulu Tiram, 2 konstabel maut, seorang cedera. Berikut kronologinya

[DIKEMAS KINI] INSIDEN tergempar yang berlaku di Balai Polis Ulu Tiram ini benar-benar mengejutkan! Serangan…

11 hours ago