Siap sedia Malaysia bakal hadapi ‘musim sejuk’, 10 fakta wanita perlu tahu

IKLIM negara mempunyai suhu yang hampir seragam, kelembapan yang tinggi dan hujan yang banyak. Namun baru-baru Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengatakan fenomena ‘musim sejuk’ yang dijangka akan berlaku di Malaysia tidak lama lagi.

Jika anda perasan, sejak kebelakangan ini cuaca agak mendung dan hujan menyebabkan suhu pada waktu malam sejuk. Namun adakah ia permulaan kepada ‘musim’ sejuk yang dikatakan MetMalaysia ini?

Baca juga: Musim hujan tiba lagi, waspada serangan asma

Baca juga: Ini sebab kenapa Malaysia lebih sejuk sejak kebelakangan ini, tiada kaitan fenomena Aphelion

Malah suhu dingin apabila purata suhu harian negara dilaporkan antara 22 hingga 30 darjah Celsius.

Kredit foto: Pexels
Iklan
Iklan

SinarPlus berkongsi ringkasan info yang wanita perlu tahu mengenai perubahan cuaca ini:

1-Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata fenomena cuaca sejuk itu dijangka berterusan hingga Februari tahun depan.

2-Katanya ia adalah susulan Monsun Timur Lain (MTL) yang melibatkan perubahan angin sejuk dari tanah besar China dan juga pembentukan awan hujan yang berterusan bermula awal November.

2-“Jadi apabila awan hujan banyak, dari segi pancaran matahari agak terlindung yang menyebabkan suhu akan lebih rendah berbanding tempoh masa yang lain,” katanya.

3-Menurut Mohd Hisham suhu terendah berkemungkinan dialami di kawasan tanah rata di pedalaman.

Baca juga: Mandi waktu malam guna air panas atau sejuk, rupanya manfaat berbeza

Kredit foto: Pixabay

4- Ia adalah seperti di Kelantan, Pahang dan Perak yang menyebabkan ia lebih sejuk berbanding kawasan lain.

5-”Sebelum ini, suhu di kawasan pedalaman Kuala Krai, Kelantan pernah dicatat antara 17 dan 18 Celsius pada 2014. Jadi, berkemungkinan di kawasan tersebut boleh berlaku lagi (suhu serendah itu),” katanya.

6-Pakar Meteorologi Universiti Malaya Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah berkata angin dari China itu memasuki Malaysia bermula awal November dan boleh menyebabkan suhu serendah 22 darjah Celsius.

7-“Perubahan angin monsun memang akan memberi kesan kepada suhu dan situasi ini akan turut dipengaruhi oleh geografi atau kedudukan sesebuah kawasan, sekiranya berada di tanah tinggi seperti Genting Highlands suhunya lebih sejuk,”katanya.

8- Azizan berkata cuaca dingin yang dirasai oleh rakyat Malaysia kini merupakan kesan peralihan angin MTL yang datang dari arah utara atau dikenali sebagai luruan monsun.

9-“Musim MTL ini memberi kesan kepada jumlah cahaya matahari yang diterima di Malaysia yang berkurang selain mendung dan hujan.

10-“Selain itu faktor sejuk yang dialami adalah berikutan angin Timur Laut yang dibawa dari Siberia,” katanya.

Baca juga: Berkabus, suhu 17 darjah Celcius, situasi terkini buat ramai rindu Cameron Highlands

Kredit foto: Pexels

Diharapkan sebelum tibanya situasi suhu sejuk yang dijangkakan ini, anda yang memiliki masalah kesihatan seperti asma lebih berwaspada.

Hal ini kerana cuaca sejuk boleh menyebabkan saluran pernafasan pesakit asma mudah menjadi sempit.

Baca juga: 7 sebab mengapa perlu mendapatkan suntikan influenza. Ibu hamil, orang tua, pesakit jantung kena lebih waspada

Sumber: BERNAMA

Kredit foto utama: Pexels, Pixabay

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Share
Azma ML

Recent Posts

Awas! Perkhidmatan BJAK tiada kelulusan JPJ, 10 info perlu tahu

PERNAH menggunakan perkhidmatan Tindakan BJAK Sdn Bhd (BJAK)? Tahukah anda bahawa perkhidmatan urus niaga pembaharuan…

42 mins ago

Bella Astilah bawa anak-anak melawat Zoo Negara, gelagat Ara & Ayden asyik panggil mummy bikin sebak.’ Momen paling indah…’

KESIBUKAN dengan urusan kerjaya tidak membataskan Bella Astilah untuk memberi tumpuan kepada anak-anaknya. Sementelah permata…

2 hours ago

Penyanyi era 70-an, Hail Amir meninggal dunia pada usia 76 tahun

PENYANYI dan pelakon popular era 1970-an, Datuk Abdul Hail Amir, 76, dilaporkan meninggal dunia pada…

2 hours ago

‘Awak nak teman, ‘instant family’ silakan… bukan bab anak’. Yasmin Hani pilih pasangan kewangan stabil bina keluarga

KEWANGAN stabil, menerima diri serta anak-anak merupakan kriteria utama pelakon dan pengacara, Yasmin Hani memilih…

3 hours ago

‘Dia my bestie, tak jemu beri semangat…’ Sambut anniversary ke-19, Aidid Marcello kongsi pengorbanan Norzie Pak Wan Chek

'DIA my bestie, tempat meluahkan macam-macam. Orang yang tidak pernah jemu beri semangat. Penasihat yang…

3 hours ago

Kenal tak sampai setahun terus dilamar, Afifah sifatkan Syed Hariz tak buang masa. ‘Terima kasih cipta kisah cinta yang indah’

SELAMAT pengantin baharu diucapkan buat pelakon Afifah Nasir yang kini bergelar suri hati kepada kepada…

7 hours ago